Input your search keywords and press Enter.

Peminjam PTPTN Boleh Mohon Teruskan Potongan Gaji

M Update, 27/3/2020 – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin meneruskan potongan gaji atau debit langsung boleh membuat permohonan melalui portal rasmi badan itu yang telah pun dibuka bermula 23 Mac lepas sehingga 15 Ogos ini. 

PTPTN dalam soalan lazim (FAQ) mengenai penangguhan pinjaman akibat COVID-19 bagaimanapun menjelaskan peminjam sedia ada yang membuat potongan gaji/debit langsung dan ingin meneruskan penangguhan tidak perlu memohon pembatalan potongan.

“Potongan gaji/debit langsung akan dihentikan sepenuhnya pada bulan April hingga September 2020 kecuali bagi peminjam yang bersetuju meneruskan potongan dengan membuat permohonan di www.ptptn.gov.my/covid-19 selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2020,” menurut PTPTN.

Kerajaan sebelum ini bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan kutipan berjumlah RM750 juta.

PTPTN turut memaklumkan peminjam juga tidak perlu membuat permohonan baharu potongan gaji/debit langsung selepas tamat tempoh penangguhan kerana ia akan diteruskan sepertimana sebelum penangguhan berikutan isu COVID-19. – BERNAMA 

Leave a Reply