Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

March 2020

Solat Jumaat di Perlis Batal, Ganti Solat Zohor Di Rumah

M Update, 13/3/2020 – Solat Jumaat di seluruh Perlis, hari ini, dibatalkan dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah selepas mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan, hari ini, menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas mendapat…

COVID-19: Sembilan Kes Baharu, Enam Telah Pulih

M Update, 13/3/2020 – Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 158, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, enam kes yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini telah pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak…

Ikan Singgang, Kari Hanya Spekulasi Rawat Covid-19

M Update, 12/3/2020 – Orang ramai diminta supaya menghentikan segala spekulasi yang tidak berasas berkaitan Covid-19 di negara ini termasuk dakwaan kononnya ikan singgang mampu merawat penyakit berkenaan. Pengarah Tropical Infectious Diseases & Education Centre (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, bukan sahaja ikan singgang tetapi…

Pelajar Dibuli Senior Hingga Rosak Limpa

M Update, 12/3/2020 – Seorang pelajar lelaki cedera selepas menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior di sebuah maahad tahfiz di Tanjung Karang, Selangor, semalam. Difahamkan, kejadian buli itu mendapat perhatian netizen selepas status dan gambar dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa abang kepada mangsa tular di laman sosial.…

Pengguguran Kes LTTE Akan Disemak Semula: KDN

M Update, 12/3/2020 – Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau akan berbincang berhubung perkara itu dengan…

Tiada Kematian Akibat Covid-19 Di Tawau

M Update, 12/3/2020 – Pejabat Kesihatan Tawau menafikan terdapat kes kematian disebabkan wabak Covid-19 di Hospital Besar Tawau (HBT) seperti yang tular di WhatsApp hari ini. Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran berkata, maklumat terbabit tidak benar dan meminta orang awam tidak menyebarkannya bagi mengelak wujud panik dalam kalangan masyarakat.…

Ismail Sabri Teruskan Agenda Kertas Putih Pertahanan

M Update, 12/3/2020 – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tekad meneruskan agenda Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diluluskan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu. Beliau berkata, kerajaan kekal komited memastikan pertahanan negara terus diperkukuh dan diperkasakan untuk tempoh sepuluh tahun akan datang seperti yang digariskan dalam KPP. KPP akan menjadi…

Kerajaan Akan Pastikan Bicara Kes Adib Dipercepatkan – Zuraida

M Update, 12/3/2020 – Kerajaan akan memastikan kes perbicaraan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat dipercepatkan susulan pelantikan Peguam Negara yang baharu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan proses bagi memulakan sesi perbicaraan kes anggota bomba terbabit di mahkamah sebelum ini memakan masa. “Ketika itu di…

Dakwaan Pesakit Covid-19 Di Jerteh Palsu

M Update, 12/3/2020 – Jabatan Kesihatan Terengganu menafikan dakwaan terdapat seorang pesakit Covid-19 sedang dirawat di Hospital Besut (HB) seperti tular di Facebook (FB) semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus menegaskan pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada kes pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke wad 7 di…