Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2020

Perhatian! Penumpang MAS KL-Labuan Pada 11 Okt Diminta Jalani Ujian

M Update, 16/10/2020 – Kesemua 99 penumpang penerbangan MH2608 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 8.35 pagi, 11 Okt lepas diminta menjalani ujian saringan COVID-19 selepas salah seorang penumpang pesawat itu didapati positif ujian virus tersebut, baru-baru ini. Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Labuan semalam mengeluarkan jadual untuk…

Solat Jumaat, Fardu Berjemaah Dibenarkan di KL, Putrajaya

M Update, 16/10/2020 – Solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau dengan jumlah jemaah terhad dibenarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Keputusan itu diambil pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Bagi…

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Di Facebook PDRM – Ismail Sabri

M Update, 16/10/2020 – Borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh diperoleh daripada balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan…

Taiping Kini Zon Merah

M Update, 16/10/2020 – Mukim Taiping diisytihar zon merah oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak susulan pengesanan 77 kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari. Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, JKN Perak berkata, 48 daripada 52 kes jangkitan baharu yang direkodkan di Perak semalam adalah dari mukim berkenaan. Katanya, 48…

Neelofa Kini Berniqab?

M Update, 15/10/2020 – Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu. Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. “Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar…

Jangan Keluar Daerah Kalau Tiada Urusan Penting – Polis Selangor

M Update, 15/10/2020 – Polis Selangor akan menumpukan pemantauan penguatkuasaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan khususnya di laluan utama sempadan daerah dan negeri. Justeru orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting disaran untuk tidak cuba keluar dari daerah mereka menuju ke daerah lain. Apa yang paling penting…

Kemalangan Maut: Pemandu Myvi Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8,000

M Update, 15/10/2020 – Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah. Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku…

KESEIMBANGAN

Kehidupan perlu seimbang. Dan seimbang tidak bererti sama rata. Keseimbangan ibarat memberi keadilan kepada pelbagai aspek dengan memberi keutamaan kepada beberapa ehwal tanpa meminggirkan perihal-perihal lain bersesuaian dengan suasana dan keperluan. Ia dinamik dan berubah-ubah. Tiada pegaruh tunggal tetapi pasti ada beberapa faktor yang dominan dalam membentuk situasi pada waktu…

Santuari Kelah Tasik Kenyir Ditutup Bermula 16 Okt – Februari 2021

M Update, 15/10/2020 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menutup Santuari Kelah Tasik Kenyir bermula Jumaat ini hingga akhir Februari depan. Penutupan awal santuari kelah itu dilakukan bagi membantu kerajaan mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Selain itu, penurunan yang drastik paras air sehingga 136.93 meter di Tasik Kenyir…

Tiga Laluan di Kota Damansara Dibuka Semula Hari Ini

M Update, 15/10/2020 – Tiga jalan di Kota Damansara, yang ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibuka semula untuk kemudahan orang ramai mulai hari ini. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengaturan semula pergerakan petugas barisan hadapan untuk tugas sekatan jalan raya (SJR) dan juga…