M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun…
M Update, 13/01/2021 – Perkhidmatan rel urban dan bas henti-henti kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan tetap beroperasi seperti biasa bermula 6.00 pagi hingga 12 tengah malam semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan itu termasuk rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang…
M Update, 13/01/2021 – Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID-19, dan pengumuman susulan mengenainya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1…
M Update, 13/01/2021 – Cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa tengah malam semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi…
M Update, 12/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan, pesakit Covid-19 tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Jan lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata, pasukan khas telah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak…
M Update, 12/01/2021 – Kaunter dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi negeri yang terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan dibuka untuk janji temu sahaja, melalui Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu. Langkah sama akan turut diambil…
M Update, 12/01/2021 – Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan darurat sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 terutama di Sabah yang merekodkan jumlah kes positif tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga 1 Ogos ini, sebagai langkah…
M Update, 12/01/2021 – Pejabat kerajaan diarahkan beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran pegawai seperti yang ditetap berdasarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap negeri, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berterusan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata kehadiran pekerja dalam perkhidmatan perlu bagi enam negeri,…
M Update, 12/01/2021 – Penjawat awam diminta kekal fokus kepada tugas masing-masing dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh darurat COVID ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat berkata penjawat awam juga perlu melaksanakan pelbagai program pemulihan semula ekonomi negara. “Sektor perkhidmatan kerajaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh darurat ini berlangsung. Ordinan…
M Update, 12/01/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malah sepanjang tempoh itu kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata perintah berkurung tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan…