Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2021

Anggota Wanita APM Rela Berkorban Demi Mangsa Banjir

M Update, 08/01/2021 – Seorang ibu kepada lima anak sanggup berkorban, demi tugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), terutamanya ketika bencana banjir melanda negara, pada musim tengkujuh ini. Norashikin Mat Jusoh, 47, mengakui berasa sedih kerana terpaksa ‘berpisah’ sementara dengan keluarga, namun, pengorbanan sebegitu sudah biasa baginya dan rakan-rakan,…

Operasi Banjir : 12,000 PGA Diarah Siap Sedia, Bantu Negeri Terjejas Teruk

M Update, 08/01/2021 – Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata kesemua anggota PGA berkenaan akan…

Banjir : JAKOA Hantar Bekalan Makanan Untuk Orang Asli

M Update, 07/01/2021 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sudah menghantar bekalan makanan untuk penduduk Kampung Aring 5, dekat sini, hari ini. Kampung berkenaan terputus hubung sejak tiga hari lalu kerana jambatan ditenggelami banjir. Penyerahan bakul makanan kepada 76 keluarga itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Ariffin.…

Rumah Runtuh: 66 Penghuni Berhampiran Diarah Pindah

M Update, 07/01/2021 – Penghuni 66 unit rumah di Taman Gambang Damai di sini, diarahkan berpindah hari ini, sebagai langkah berwaspada selepas dua rumah di situ runtuh akibat pergerakan tanah pada Selasa lepas. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang Datuk Abd Rahim Muda berkata mereka terdiri daripada pemilik rumah yang…

Banjir : Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Menurun

M Update, 07/01/2021 – Seramai 23,550 mangsa banjir membabitkan 6,409 keluarga masih berlindung di 284 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah, setakat jam 12.30 tengah hari tadi. Jumlah itu bagaimanapun menurun sedikit berbanding 24,298 mangsa banjir daripada 6,535 keluarga yang ditempatkan di 276 PPS, hingga jam 8.30 pagi tadi.…

COVID-19 : Kuarantin Lebih Sesuai Di Dewan Komuniti Berbanding Di Rumah

M Update, 07/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) perlu membuka lebih banyak pusat kuarantin komuniti seperti kaedah yang dipraktikkan di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir bagi memudahkan pemantauan secara menyeluruh. Langkah ini juga memudahkan mengasingkan pesakit positif dan yang negatif tinggal bersama, selain boleh menimbulkan lebih banyak kluster baharu…

Segera Pindah, Jangan Buat Ramalan Sendiri – BOMBA

M Update, 07/01/2021 – “Sekejap lagi air akan surut, kami sudah lali dengan keadaan banjir.” Demikian antara alasan sesetengah penduduk apabila pihak anggota penyelamat meminta mereka berpindah lebih awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sikap yang bagaikan membuat ramalan sendiri itu bukan sahaja menyebabkan operasi menyelamat terganggu, malah mangsa yang telah dinasihatkan berpindah…