M Update, 04/01/2021 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka permohonan perlanjutan tempoh bayaran balik pinjaman berikutan wabak COVID-19 bermula esok hingga 31 Mac ini. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19. “Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan,” katanya…
M Update, 04/01/2021 – Jumlah mangsa banjir di seluruh Pahang kini melebihi 10,000 orang menjelang tengah hari. Sehingga jam 2 petang tadi, kira-kira 10,865 penduduk daripada 3,282 keluarga dipindahkan ke 198 pusat pemindahan sementara di sembilan daerah. Kuantan masih kekal daerah paling terjejas teruk dengan 3,276 orang daripada 882 buah…
M Update, 04/01/2021 – Bekalan air di dua kawasan wilayah Hulu Selangor susulan henti tugas loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek disebabkan banjir kelmarin, pulih sepenuhnya. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata enam kawasan lagi masih dalam proses pemulihan. Katanya, kawasan terbabit merangkumi…
M Update, 04/01/2021 – Ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, golongan peniaga paling terkesan terutama peniaga kecil-kecilan yang bimbang hilang punca pendapatan akibat hujan berterusan. Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Sentosa Persiaran, Masai, di sini, Roszita Mohd Nasir, 38, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian kerana barang basah dan kering untuk masakan yang disimpan di rumahnya semua musnah akibat terendam dalam…
M Update, 04/01/2021 – Seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di sini, direman empat hari bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan, pagi ini. Pengarah SPRM…
M Update, 04/01/2021 – Sebanyak 13 jalan utama di sini, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 meter (m). JKR Johor dalam kenyataannya berkata, semua 13 laluan itu ditutup sejak jam 9 pagi tadi. Laluan yang terjejas dan ditutup sepenuhnya itu termasuklah Jalan Kota Tinggi-Mersing…
M Update, 04/01/2021 – Banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas, manakala seorang anaknya hilang dibawa arus ketika meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 kilometer dari sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan…
M Update, 04/01/2021 – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menafikan berita tular di media sosial mengenai takungan Air Kobat dari Sungai Lembing yang didakwa hampir penuh dan akan dilepaskan ke Sungai Bukit Rangin, sehingga menyebabkan banjir. Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, maklumat itu tidak benar dan…
M Update, 04/01/2021 – Dua lelaki yang cuba merasuah polis supaya tidak menahan mereka kerana memiliki dadah ditahan di Jalan Klang Lama di sini, kelmarin. Kedua-dua suspek berusia 26 dan 32 tahun itu ditahan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), kira-kira jam 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner…
M Update, 04/01/2021 – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dinasihatkan menangguhkan perjalanan masing-masing kerana laluan di Kilometer (KM) 84.6 sehingga KM84.7 berhampiran Lanchang, ditutup sepenuhnya kerana banjir. Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan tengah malam tadi, memaklumkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan mulai jam 11.30…