Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2021

Banjir : Lebih 10,000 Sukarelawan Digerakkan Bantu Mangsa Di Pahang

M Update, 05/01/2021 – Lebih 10,000 sukarelawan digerakkan di seluruh Pahang bagi membantu mangsa banjir di negeri ini. Sukarelawan membabitkan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang (MPWNP) dan Sukarelawan Tunas Warisan (STW). Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,…

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Dalam Tali Air

M Update, 05/01/2021 – Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumahnya sejak tiga hari lalu ditemui mati dalam tali air berhampiran Taman Burung Perai, di sini, petang semalam. Mayat, K Saravanan,29 ditemui terapung dan hanya berseluar dalam oleh seorang wanita pada jam 3.45 petang semalam sebelum melaporkannya kepada polis. Ketua…

Banjir : Mangsa Banjir Di Perak Meningkat

M Update, 05/01/2021 – Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,237 mangsa membabitkan 287 keluarga setakat jam 8 pagi tadi berbanding 1,010 daripada 263 keluarga, semalam. Kesemua mereka ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata Daerah Hilir…

Banjir : Mangsa Banjir Di Johor Semakin Menurun

M Update, 05/01/2021 – Mangsa banjir di negeri ini menurun 5,485 orang daripada 1,408 keluarga di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, setakat jam 8 pagi ini berbanding 5,524 orang daripada 1,442 keluarga, malam tadi. Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Kota Tinggi dan Kluang…

JKP Nafi Keluarkan Arahan Pengunjung Cameron Highlands Jalani Ujian Swab COVID-19

M Update, 05/01/2021 – Jabatan Kesihatan Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya pengunjung Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19, seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah, berkata Notis Perintah Tutup Premis yang tular dalam dakwaan itu sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyah…

Bekalan Air Di Hulu Selangor Pulih 6 Pagi Tadi

M Update, 05/01/2021 – Lapan kawasan di wilayah Hulu Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek, 3 Januari lalu, pulih sepenuhnya jam 6 pagi, hari ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), berkata pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan…

Pemangku Raja Pahang Santuni Mangsa Banjir Di Raub

M Update, 05/01/2021 – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, kira-kira 200 kilometer dari sini. Unit Media Pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memaklumkan, baginda meluangkan masa kira-kira…

Fenomena Musim Tengkujuh Dijangka Hingga Mac

M Update, 04/01/2021 – Fenomena Monsun Timur Laut yang kini sedang melanda beberapa buah negeri dijangka berterusan sehingga akhir Mac ini dengan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, fenomena itu yang turut dikenali sebagai musim tengkujuh boleh mencecah…

Jangan Tular Gambar & Video Lama Kejadian Banjir Besar

M Update, 04/01/2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video lama kejadian banjir besar, ketika beberapa negeri kini, dilanda musim tengkujuh. Beliau berkata tindakan menularkan gambar atau video lama seperti kejadian banjir besar pada 2014 boleh menimbulkan situasi panik…