Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2021

Format Peperiksaan SPM 2020 Kekal – Lembaga Peperiksaan

M Update, 08/02/2021 – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada. Dalam satu kenyataan hari ini, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara…

Peniaga Pasar Malam Didakwa Rogol Anak Tiri

M Update, 08/02/2021 – Seorang penjual jagung di pasar malam dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga dakwaan merogol anak tirinya yang juga remaja bawah umur antara Jun hingga Disember tahun lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu daripada tertuduh yang berusia 48 tahun itu…

Pelajar Di 30 PPR Berpeluang Nikmati WiFi Percuma Celcom Untuk PdPR

M Update, 08/02/2021 – Pelajar daripada golongan B40 dari 30 Program Perumahan Rakyat (PPR) di sembilan negeri akan dapat menikmati WiFi percuma di bawah perkhidmatan Celcom Home Wireless untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hingga 30 April ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Celcom Axiata Berhad (Celcom)…

Tabung Musa’adah COVID-19 Belanja RM4 Juta Bantu Golongan Memerlukan

M Update, 08/02/2021 – Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Waqaf Malaysia (Jakim-YWM) telah menyalurkan RM4 juta bagi membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tabung itu secara keseluruhannya telah menerima sumbangan kira-kira…

BPR : Permohonan Adalah Percuma & Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan

M Update, 08/02/2021 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon. LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah…

J&T Express Mohon Maaf Atas Kejadian Pengagihan Barang Secara Ganas

M Update, 08/02/2021 – Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express, membuat permohonan maaf atas kejadian pengagihan bungkusan secara ganas, seperti dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini. Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak latihan kepada…