
Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi – Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin COVID-19 yang lengkap.
Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.