Seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650…
