M Update, 30/03/2023 – Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis ikan itu mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.
Peniaga pula perlu berwaspada dengan makanan yang dijual termasuk ikan kerana menjadi satu kesalahan jika menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan.
Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, serta ovarium dan bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.
Ini adalah kerana tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi. Racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan. Sekiranya mengalami gejala seperti keracunan seperti mual, muntah atau lemah otot dalam tempoh 30 minit hingga dua jam setelah makan ikan buntal segera mendapatkan rawatan di pusat perubatan.
Sekiranya kita mahu mencuba makan ikan buntal ini atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, serta ovarium dan bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.
Selain itu, orang yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan mestilah berpengalaman dan berpengetahuan terhadap ikan ini. Pengguna yang membeli ikan secara dalam talian juga perlu dengan spesies dan jenis ikan dibeli.
Jika disabitkan kesalahan, peniaga boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua duanya mengikut Akta Makanan 1983 (Akta 281)dan Peraturan Peraturan: Bahagian III Kesalahan dan Keterangan – Seksyen 13 (1). – Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain