M update, 16/05/2023 – Susulan cuaca panas melanda negara ini akibat Fenomena El-Nino, kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan semakin membimbangkan. Bagaimanapun keadaan itu masih belum diputuskan buat masa ini.
Kerajaaan masih membuat pemantauan 24 jam dan sekiranya ada darurat ianya akan diumumkan. Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara berhubung pengisytiharan darurat akan digunakan sekiranya cuaca panas melampau berterusan.
Berikutan itu, antara langkah proaktif diambil adalah kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) untuk melakukan pembenihan awan di tujuh empangan.
Ia melibatkan kawasan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau.
Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan darurat iklim sebelum ini menggesa kerajaan mengkategorikan gelombang haba sebagai darurat bencana.
Orang ramai dinasihatkan mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada diserang penyakit yang berkemungkinan berlaku disebabkan cuaca panas melampau ini.