Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2024

Nahas Helikopter : CAAM Aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL

M Update, 23/04/2024 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi penyelarasan operasi menyelamat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, hari ini. KLARCC diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi…

2 Helikopter Bertembung Di Lumut

M Update, 23/04/2024 – Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini. Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam…

KL20 – Bakal Buka Dimensi Baru Pembiayaan Modal

M Update, 23/04/2024 – Pada Sidang Kemuncak KL20 semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pendekatan menyeluruh dan sokongan penuh Kerajaan, yang akhirnya bakal membuka satu dimensi baharu untuk pembiayaan modal, rangkaian perhubungan dan kreativiti bagi ekosistem syarikat pemula di Malaysia. Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan rakan-rakan kerjasama mereka mengumumkan…

Tiada Keperluan Bawa Pulang Rakyat Malaysia

M Update, 22/04/2024 – Sehingga kini, masih tiada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan susulan konflik yang berlaku antara Iran dan Israel – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Bagaimanapun, Wisma Putra sentiasa memantau perkembangan di rantau berkenaan dan sedia membawa pulang semua rakyat…

8 Pos Tentera Tingkat Kawalan Di Sempadan Negara

M Update, 22/04/2024 – Sebanyak 8 pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah dan Sarawak yang bakal meningkatkan tahap kawalan di sempadan negara dijangka siap tahun ini. Pembinaan pos imbangan itu membabitkan dua pos di Sabah dan enam di Sarawak. Ketika ini bilangan pos imbangan sedia ada sebanyak 23 pos iaitu sembilan pos di sempadan…

ATM Siap Sedia Dihantar Ke Timur Tengah

M Update, 22/04/2024 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel. MINDEF akan berbincang dengan Kementerian Luar dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan semasa situasi di Timur Tengah. Kalau ada keperluan permohonan bantuan, MINDEF akan berikan namun…

Guru Lelaki Berjaya Ditahan!

M Update, 22/04/2024 – Seorang guru wanita cedera ditumbuk dan sepak guru lelaki. Kejadian berlaku di SK Padang Kubu, Kemaman, Terengganu semalam. Suspekberusia 49 tahun manakala mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris berusia 32 lebam di mata. Selepas 12 jam menghilangkan diri, suspek iaitu guru lelaki yang tumbuk dan sepak…

Disambung Reman 5 Hari

M Update, 22/04/2024 – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi sambung reman hari ini. Reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu, bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April 2024. Perintah reman dikeluarkan…