Kita harus akui Bahasa Melayu kita ni memang sangatlah indah walaupun tengah berkias dan tengah perli orang tu tapi bunyinya tetap sedap didengar. Begitulah juga dengan tajuk tentang dayung, kemudi dan perahu. Orang yang tak berapa paham mesti ingat benda tu pasal orang di laut, tapi sebenarnya maksud yang dibawa lebih mendalam, yakni pasal kehilangan dan ketiadaan sosok pemimpin yang berwibawa bakal membawa musibah yang dahsyat kepada rakyat jelata.
Fuh deep kan?
Di sebalik kemeriahan kem madani meraikan kemenangan mereka pada PRK KKB tempoh hari, kita sama sekali tak boleh lupa akan kekecewaan di muka penyokong dan kepimpinan PN, yang sedari mula memang confident betul mereka mampu mencipta sejarah dengan memenangi PRK tersebut. Tapi sayang seribu kali sayang, tak tahulah konfiden PN tu beli kat mana sebab akhirnya tewas lagi mereka, bukan setakat tewas je, undian setiap kaum pada PH pun turut meningkat berbanding PRN haritu.
Ini terus menimbulkan satu perasaan pasal mungkin geng PN ni perlukan kepimpinan baru dan muka-muka fresh yang sepatutnya menggantikan golongan zaman prasejarah yang semakin hari semakin menjadi liabiliti kepada PN.
Bukan apa, sayang tau kalau PN tu terkubur begitu saja. Tak dinafikan PN memang punyai sokongan yang boleh tahan kuat juga, dan umur penyokong mereka ni dari yang muda sampai tua pun ada. Tapi apa guna dapat sokongan kalau leadership setumpul tunggul kayu? Mereka perlu ingat yang sokongan orang ni tak bersifat kekal kerana ada pasang surutnya. Kalau kena dengan tekak mereka, mereka sokong lah, tapi kalau dah macam tu ja takde perubahan maka sokongan ni semua boleh beralih.
Rasanya masa dah time untuk pemimpin zaman prasejarah macam Muhyiddin dan Hj Hadi membuka ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan baharu yang lebih muda dan segar untuk ganti mereka ni. Masing-masing pun dah uzur teruk sampai kehadiran di Parlimen pun tak cantik, banyak 0 bak telur ayam. Susahlah nak pimpin pembangkang kalau kehadiran dan kemunculan mereka di Parlimen pun suram dan suam-suam kuku saja.
Pastu apa je idea baru yang PN bawa untuk rakyat dan penyokong mereka? Macam tak ada langsung kan? Sepatutnya PN menggunakan peluang sebagai pembangkang untuk bantai kerajaan habis-habisan. Inilah chance mereka untuk buktikan yang PN mampu jadi kerajaan yang lebih baik. Suara mereka seharusnya lagi kuat menggegarkan Parlimen macam dahulu kala. Itu pasallah kena ada orang muda yang berani untuk menjadi suara untuk pembangkang. Muhyiddin dan Hj Hadi nampak dah tak larat sangat nak memimpin. Aura pun dah semakin malap. Memang elok sangat diganti dengan orang lain yang lebih berkaliber.
Dan kalau kita tengok sayap Gerakan pun nampaknya macam kehilangan arah dan kesesatan juga. Faktor ketandusan pemimpin turut menjadi factor mengapa Gerakan sudah kehilangan sokongan akar umbi, memang silap besar mereka keluar dari BN dahulu.
Berbalik pada cerita PRK KKB minggu lepas, kita dapat lihat macam ada banyak benda yang tak kena dalam PN. KKB yang pada awalnya menjadi medan untuk memperlihatkan kehebatan PN sebaliknya telah menunjukkan keretakan dalam PN yang semakin hari semakin membesar. Kalau mereka tak buat apa-apa lambat laun bakal terkuburlah PN ni dalam arena politik Malaysia.
Oleh: Nor Izan
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update