M Update, 23/05/2024 – Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didakwa memaparkan kejadian serangan asid ke atas bintang Selangor FC, Faisal Halim yang tular hari ini disahkan tulen.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.
“Memang benar, kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan klip rekaman CCTV dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial.
Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang.
Penyerang yang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang siap sedia menunggunya tidak jauh dari tempat kejadian.- Harian Metro