Input your search keywords and press Enter.

Perihal Ringgit, Pelaburan, Subsidi dan Bantuan Kerajaan: Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya

 PHOTO: LIANHE ZAOBAO

Sementelah Malaysia masih lagi tengah demam dengan keputusan SPM 2023 tu sajalah kita perangatkan lagi dengan tajuk ala-ala karangan Bahasa Melayu peringkat SPM ni. BBNU jaman now mungkin tak biasa menggunakan peribahasa ni ntah-ntah maksud peribahasa ni pun mereka tak tahu. Untuk bagi pemahaman yang lebih lagi sebenarnya peribahasa ni bermaksud kalau kita tak berusaha bersungguh-sungguh maka kejayaang tak akan datang bergolek dekat kita.

Contohnya macam apa yang kerajaan madani tengah buat sekarang ni lah. Kalau yang memang tak duduk di dalam circle penjawat awam dan kerajaan memang tak akan tahu betapa sibuk dan penatnya kerajaan dan penjawat awam mencari pelaburan untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi Malaysia ni. Saban minggu dan bulan memang sudah ditetapkan KPI untuk pastikan lebih banyak lagi syarikat asing yang akan berminat untuk datang ke Malaysia sekaligus benda ni secara langsung akan menguatkan semula kadar matawang negara kita.

Di luar sana memang dan redho kena hadap kritikan dan ejekan tidak membina netizen dan orang ramai yang bukannya nak tolong naikkan semula matawang kita malah mereka boleh gelakkan lagi sedangkan kalau berterusan matawang kita jatuh memang dengan tukang gelak tu pun akan jatuh sama.

Tapi di sebalik kritikan mereka ni, satu laporan akhbar antarabangsa telah mengesahkan yang antara bulan Februari hingga Mei tahun ni, sebenarnya antara semua matawang dunia ni, kita punya Ringgit Malaysia merupakan antara matawang yang tengah perform dengan baik juga berbanding Dollar Singapura, Yen Jepun, Baht Thailand serta Yuan China.

Peningkatan ini didorong oleh usaha kerajaan melalui agensi dan GLC untuk giat mencari pelaburan di luar negara dengan menawarkan insentif menarik dan juga kelulusan yang pantas serta tuntas. Kerajaan turut sama merancakkan ekonomi dalam negara juga dengan menggalakkan rakyat untuk berbelanja di dalam negara. Dan nampaknya banyak usaha sedemikian telah membuahkan hasil malah kalau ikut ramalan pakar ekonomi dunia, tak lama lagi RM akan kembali stabil dan mengukuh.

Bukan itu sahaja, menurut laporan akhbar tersebut lagi, kebanyakan matawang termasuklah RM kita ni terjejas bukanlah sebab matawang kita tak kukuh tapi sebaliknya USD memang tengah perform kaw-kaw sekarang ni jadi RM seperti matawang lain memang kenalah bersaing dengan lebih sengit dengan negara polis dunia tu.

Kalau PN atau segala walaun apa semua tu nak cakap laporan berita tu berat sebelah dan media kena bayar tu kamurang kena ingatlah sikit yang publish berita tu bukan dari dalam Malaysia pun tapi di Singapura. Takkan la media Singapura nak tipu pulak kan? Hilanglah kredibiliti kalau macam tu.

Kepada rakyat yang berasa terasing dan jugak tak boleh nak relate dengan jargon-jargon ekonomi serta pelaburan tu usahlah anda risau sebab di sebalik usaha kerajaan untuk mencari pelaburan, kerajaan tidak sama sekali melupakan nasib rakyat Malaysia yang terkesan secara langsung atau tidak dengan kelembapan ekonomi ni.

Banyak bantuan yang sedang diagihkan ketika ini bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia diutamakan di samping pengawalan harga barangan asas. Rasanya dah kurang sangat kita dengar orang komplen pasal benda ni kan, malah nampaknya rakyat semakin enjoy berbelanja di dalam negara dengan percutian Bersama keluarga dan juga liburan lain.

Sekiranya Kerajaan Madani ni melipat ganda dan meneruskan usaha mereka untuk membina keyakinan untuk pelabur melabur rasanya tidak mustahil RM kita akan kembali kuat dan berdaya saing seperti sebelumnya.

Kesimpulannya, netizen dan rakyat Malaysia tidak seharusnya rasa gembira kalau ada berita pasal ekonomi dan matawang negara yang rendah sebab kesannya sedikit sebanyak akan terpalit jua kepada mereka. Sebaliknya berdoalah supaya segala usaha kerajaan termasuklah bab rasionalisasi semua tu untuk kebaikan kita bersama.

Oleh: Nor Izan

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update