Sempena Maal Hijrah dan sambutan 1 Muharram 1446 Ahad lepas, ada baiknya jika umat Islam ni semua bermuhasabah diri dan menginsafi peristiwa penghijrahan Rasul kita Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
Banyak yang dikorbankan dan ternyata pengorbanan tersebut tidak sia-sia kerana lihatlah sendiri dari seorang penganut agama suci Islam iaitu Saidatina Khadijah, sekarang umat Islam sudah berbiliion jumlahnya. Yang pentingnya adalah kepercayaan dan kesabaran dalam menempuh hidup di dunia supaya di akhirat nanti, ganjaran syurga bakal dalam genggaman kita.
Bercakap pasal sabar ni memang kena sungguh lah dengan suasana dan sentimen yang sedang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia sekarang. Ternyata rakyat kita ni tak berapa nak sabar walaupun mereka tahu ganjaran kesabaran tu sangat besar.
Perangai tak menyabar ni nampaknya dah sampai pun ke telinga dan pengetahuan PMX sehinggakan PMX terpaksa mengulas pasal hikmah kalau rakyat kita ni bersabar sikit terutamanya dalam hal pentadbiran negara dan benda-benda yang melibatkan kebajikan rakyat.
Bukannya ape, nak kata kebajikan tak berjaga tu macam tak tepat je. Sejak wujudnya kerajaan perpaduan pun benda pertama yang diuruskan tentulah kebajikan rakyat. Kalau nak kata tak dapat apa-apa tu macam tak betul langsung, jadi janganlah nak menafikan yang rakyat tak pernah dibantu kan?
Kalau ada yang rasa tak puas hati, tips nya mudah sahaja: cuba-cuba lah bawak bersabar. Sebab sabar ni separuh daripada iman. Bukan itu sahaja, ganjaran yang lebih besar turut menanti mereka yang sabar ni. Jadi tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia sekalian, ni kita mintak sikitlah untuk bersabar sikit, kita bagi peluang pada kerajaan untuk susun atur dan betulkan semula beberapa masalah dan nescaya lepas tu rakyat Malaysia akan menarik nafas lega.
Oleh: Nor Izan
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update