Input your search keywords and press Enter.

Perancis “backup” Malaysia

Walaupun industri minyak sawit negara berhadapan kritikan meluas dalam beberapa tahun ini, kerana dikaitkan dengan penebangan hutan yang menjejaskan alam sekitar dan parlimen EU meluluskan  resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak mampan menjelang 2030, terdapat segelintir pihak yang tidak setuju dengan tindakan berikut.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata terdapat beberapa ahli parlimen dan pemimpin politik dari negara Perancis menyuarakan pandangan mereka dengan menyatakan bahawa kempen negative Kesatuan Eropah (EU) mengenai minyak kelapa sawit Malaysia adalah sesuatu perkara yang tidak berasas.

Ahli Parlimen itu menyatakan bahawa mereka sudah pergi ke Malaysia dan merasakan bahawa memang Malaysia mempunyai satu persekitaran yang baik (berkaitan industri kelapa sawit) dan mengakui bahawa kelapa sawit kita telah mendapat publisiti yang negative.

Selain itu, mereka sendiri pernah ke Malaysia dan melihat sendiri dan mereka tahu bahawa kempen negatif ini memang tidak berasas dan mengakui bahawa kelapa sawit Malaysia bukan seperti yang didakwa sebagai amalan buruk (bad practice).

Malaysia telah dimanipulasi apabila ahli parlimen dan pemimpin Perancis terkejut semasa dimaklumkan bahawa Malaysia masih mempunyai lebihan sebanyak 53% keluasan hutan. Ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa peratusan hutan Malaysia telah berkurangan oleh itu, untuk menyuarakan perkara yang sebenar, Dr Wan Azizah memberitahu para pemimpin Perancis mengenai hidupan liar Malaysia yang masih ada dan terpelihara seperti harimau Malaysia (Malayan Tiger) dan orang hutan.

Leave a Reply