M Update, 20/09/2024 – Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penderaan, pengantunan dan eksploitasi terhadap 402 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) disokong sepenuhnya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Undang-undang yang terbaik untuk melindungi kes eksploitasi dan penderaan kanak-kanak perlu diwujudkan.
Seramai 402 kanak-kanak dipercayai didera dan dieksploitasi diselamatkan polis daripada 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu.