Input your search keywords and press Enter.

Ganjaran RM10,000 Cari Pembunuh Kucing Di UM

M Update, 03/01/2025 – Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) menawarkan ganjaran RM10,000 bagi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab atas perbuatan kejam memotong anggota badan haiwan di Universiti Malaya (UM).

Perbuatan kejam itu bukan saja mengerikan dan menyayat hati, tetapi juga perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.

Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.

Sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan. – Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin.

Ganjaran RM10,000 di UM bertujuan untuk menggalakkan pemberi maklumat, mencegah kejadian di masa hadapan dan meningkatkan kesedaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan selepas lima kucing dilaporkan mati didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM), seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.

Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) memaklumkan, bukan itu saja, seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.

Sebarang maklumat yang ingin dikongsi secara sulit boleh berhubung di talian 011-51189716 atau enquiries@spca.org.my.