Input your search keywords and press Enter.

Kes Amang Seksual: Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah

M Update, 17/06/2025 – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Putrajaya, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, Naim atau nama penuhnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kundasamy.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi.

Ketika ditemui di perkarangan mahkamah, Amirul berkata, mahkamah membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.

toto slot