Input your search keywords and press Enter.

Tarikan Flamingo Homestay

Mupdate 17 Jun 2019 ,Johor Bharu: Bila dengar je Danga Bay, ramai yang mengatakan tempat itu mewah dan tidak mampu untuk disewa oleh golongan berpendapatan rendah. Namun, ia berbeza dengan pemilik sebuah homestay dimana ia menjadi tarikan para pelancong apabila pemiliknya menyediakan homestay mewah dengan harga yang berpatutan.

Homestay ini dikatakan mampu menarik ramai pengunjung dan keluarga yang ingin melancong ke Johor Bharu kerana terdapat pelbagai tarikan. Bukan sekadar penginapan untuk ahli keluarga sahaja, homestay ini turut menyediakan pelbagai kelengkapan seperti gymnasium, bilik beriadah, bilik yoga, kolam renang, perkarangan untuk aktiviti sukan seperti tennis, bilik belajar dan pelbagai lagi.

Flamingo Homestay juga berhadapan dengan laut yang paling cantik di negeri Johor Bharu dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pantai tersebut. Flamingo Homestay ini juga sesuai untuk dijadikan tempat penginapan bagi sesiapa yang datang ke Johor Bharu atas urusan kerja ataupun pasangan yang ingin berbulan madu kerana homestay ini dikatakan sesuai untuk pengunjung yang suka akan keadaan privasy.

Disamping menyediakan pelbagai kemudahan dan berdekatan dengan mall, homestay ini juga bercirikan rumah modern kerana segala kelengkapan yang ada masih baru dan amat selesa untuk diguna pakai.

Untuk sebarang tempahan atau info berkenaan Flamingo Homestay boleh dapatkan di https://flamigohomestay.blogspot.com/

Leave a Reply