Input your search keywords and press Enter.

Acryl Sani Abdullah Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

M Update, 30/04/2021 – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Jumaat.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat perkhidmatannya pada 3 Mei ini.