Input your search keywords and press Enter.

Kajian Keperluan UPSR, PT# Dijangka Siap Tahun Ini

M Update, 16/01/2026 – Kajian berhubung keperluan untuk memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka dapat disiapkan pada tahun ini, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau memaklumkan bahawa kajian berkenaan akan dimulakan dalam masa terdekat sebaik sahaja proses pelantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dimuktamadkan.

UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Fadhlina berkata, kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu. 

Beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuatĀ  keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.

Beliau berkata tiada masalah untuk kerajaan menjalankan kajian memandangkan terdapat permintaan, sekali gus menunjukkan kerajaan bersedia mendengar pandangan sebelum mengambil pendekatan untuk meneliti dan mengkaji bersama-sama sebelum membuat sebarang keputusan penting.