Input your search keywords and press Enter.

Suspek Tikam Ibu Dicekup Polis

Foto: Sinar Harian

M Update, 03/02/2026 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, dipercayai anak kepada seorang wanita berusia 52 tahun yang maut ditikam, kurang daripada 24 jam selepas kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata suspek ditahan sekitar jam 8.34 malam hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Menurut Syed Basri, suspek diberkas ketika menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Selangor.

Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar kira-kira jam 8.30 pagi dan direman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Februari bagi membantu siasatan.

Beliau menegaskan orang awam dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.