Input your search keywords and press Enter.

Admin

4137 Articles0 Comments

Ummah Rabbani Negara Harmoni, Tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

M Update, 19/8/2020 – ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ menjadi tema Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur petang esok. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya berkata tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat…

Aktiviti Sukan Di Sekolah Dibenarkan Bermula 1 September

M Update, 18/8/2020 – Mulai 1 September ini, aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah dibenarkan dengan garis panduan ketat termasuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid. Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah yang diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan…

Kerajaan Pertimbang MySejahtera Jadi Aplikasi Mandatori

M Update, 18/8/2020 – Aplikasi MySejahtera terbukti membantu kerajaan untuk mengesan pesakit Covid-19 dan kontak rapat bagi menghalang penularan wabak daripada menjadi lebih serius. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Md Yusof berkata, sehingga 16 Ogos lalu, seramai 15.1 juta pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MySejahtera…

Sukuk Prihatin Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Impak COVID-19

M Update, 18/8/2020 – Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta adalah bukti kesungguhan kerajaan melaksanakan langkah-langkah tegas menangani impak pandemik COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sehingga kini kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM295 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Beliau…

HKL Nafi Mesej Tular Di Media Sosial

M Update, 18/8/2020 – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan seorang pegawai perubatannya mengeluarkan kenyataan menyentuh dasar dan isu gerak kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang tular di media sosial sejak Mac lalu. Pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray berkata, pihaknya menafikan berita itu yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang memetik…

Ikrar Bawa Negara Kembali Kepada Keadaan Normal – Muhyiddin

M Update, 17/8/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota pentadbiran negara kekal komited untuk membawa Malaysia kembali kepada keadaan normal selepas terjejas ekoran penularan wabak COVID-19. Melafazkan ikrar berkenaan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang…

Maklumat Dalam MySejahtera Dilindungi Undang-Undang – KDN

M Update, 17/8/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak akan berlaku pencerobohan atau ketirisan maklumat peribadi yang direkod menggunakan aplikasi MySejahtera. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, berkata pada masa sama pihak berkuasa juga akan memastikan maklumat yang direkodkan secara manual ketika memasuki sesuatu…

Kerajaan Diharap Laksanakan Lebih Banyak Program Kesejahteraan Rakyat – Agong

M Update, 17/8/2020 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan harapan agar kerajaan terus memperbanyak dan melaksanakan program kesejahteraan rakyat pada masa hadapan bagi manfaat rakyat. Al-Sultan Abdullah bertitah baginda sangat menyanjung tinggi pelbagai usaha keras dan langkah berani yang telah dan bakal diambil oleh kerajaan untuk melindungi keselamatan…

Rakyat Malaysia-Singapura Kembali Rentas Sempadan Hari Ini

M Update, 17/8/2020 – Selepas hampir enam bulan ditutup, Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, kini kembali dilalui rakyat Malaysia dan Singapura untuk merentas sempadan, hari ini. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,060 rakyat kedua-dua negara dibenarkan merentas sempadan setiap hari mulai hari ini, namun perlu mematuhi…