Input your search keywords and press Enter.

Admin

4792 Articles0 Comments

10 Rang Undang-Undang Diluluskan Pada Sidang Dewan Rakyat Kali Ini

M Update, 07/03/2025 – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir semalam telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam ucapan penutup di Dewan Rakyat semalam berkata penggubalan RUU baharu itu, dapat memastikan pemisahan…

Hina Islam: Jakim Mahu Tindakan Tegas Diambil

M Update, 06/03/2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang memuat naik kandungan mempersendakan agama Islam. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil selaras dengan undang-udang…

PM Anwar Akan Turun Ke Negeri-Negeri Mulai Minggu Depan

M Update, 05/02/2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata pada masa sama, Perdana Menteri juga akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama negeri serta agensi.…

PM Mahu Semua Pihak Elak Polemik 3R

M Update, 05/03/2025 – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mengelak polemik berkaitan agama, raja dan kaum (3R) dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan, selain mengutamakan sikap saling menghormati serta kasih sayang dalam hidup bermasyarakat. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar memberi teguran…

Had Umur Guna Media Sosial Perlu Analisis Lebih Teliti

M Update, 05/03/2025 – Impak penetapan had umur penggunaan platform media sosial di Malaysia perlu analisis lebih teliti, khususnya melibatkan kajian dan penilaian sosial seperti kesan psikologi dan perbezaan akses kepada maklumat serta komunikasi, antara kanak-kanak dan remaja. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, analisis juga perlu dilaksanakan mengenai bagaimana ia…

Insiden Lelaki OKU Maut Digilis Tren, Satu Jawatankuasa Ditubuh

M Update, 25/02/2025 – Satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut digilis tren selepas terjatuh di kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pada Sabtu lepas. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan semalam memaklumkan hasil laporan itu akan…

KKM Arah Dua Platform Jualan Dalam Talian Henti Iklan Gula-Gula ‘Gummy’

M Update, 24/02/2025 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang. Berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk…

Jemaah Haji Diingatkan Dapatkan Vaksin Covid-19

M Update, 21/02/2025 – Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi selepas menjalani saringan kesihatan, diingatkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mulai 17 Februari lepas. Jemaah disaran membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera mulai…

Kesihatan Agong Bertambah Baik Selepas Jalani Rawatan – PM

M Update, 21/02/2025 – Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertambah baik selepas selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang) di luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkesempatan menghadap Sultan Ibrahim ketika lawatan rasminya di Bahrain, berkata keadaan baginda jauh lebih baik berbanding…

Malaysia Akan Terus Perjuangkan Isu Palestin – PM

M Update, 21/02/2025 – Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu Palestin yang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan berdaulat serta berhak menyatakan pendirian dengan tegas di mana sahaja. “Kita bukan memilih untuk memusuhi sesiapa, tetapi di mana…