Input your search keywords and press Enter.

Admin

4592 Articles0 Comments

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah

M Update, 19/08/2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, potongan cukai itu tertakluk kepada pendapatan yang boleh dicukai. “Jika…

Kes Nuraina Humaira: Remaja 17 Tahun Direman Seminggu

M Update, 19/08/2024 – Seorang remaja lelaki direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10. Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek ditahan pada Ahad lepas selepas…

Tuduhan IJN Akan Diswastakan Tidak Berasas – Dr Dzulkefly

M Update, 19/08/2024 – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan bahawa Institusi Jantung Negara (IJN) akan diswastakan. Menurut Dr Dzulkefly, IJN merupakan badan korporat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.). “Sebuah mesej palsu telah tersebar berkenaan status IJN. Untuk pemakluman, polisi sedia ada adalah kekal. IJN adalah…

Kelayakan Masuk Perkhidmatan Awam Ditingkatkan Kepada SPM – PM

M update, 16/08/2024 – Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti. “Seiring dengan peningkatan syarat lantikan ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan…

Harga Diesel Semenanjung Turun 5 Sen Bermula Hari Ini

M Update, 15/08/2024 – Harga runcit bagi diesel di Semenanjung diturunkan sebanyak lima sen kepada RM3.25 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula Hari ini sehingga 21 Ogos ini. Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung pada RM3.25 seliter adalah selaras dengan trend…

2 Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia

M Update, 15/08/2024 – Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata segala butiran berhubung…

Ceroboh Gerabak Wanita: Denda Menanti

M Update, 14/08/2024 – Kementerian Pengangkutan sedang merangka undang- undang termasuk mempertimbangkan hukuman denda terhadap lelaki yang menceroboh gerabak wanita. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada sebarang peruntukan berhubung perkara tersebut. “Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini,” katanya ketika sidang…

Bunuh 3 Beranak: Suspek Direman 7 Hari

M Update, 14/08/2024 – Suspek lelaki yang diburu polis bagi membantu kes bunuh dan bakar sebuah rumah hingga mengorbankan ibu bapa dan anak saudara perempuannya di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu direman tujuh hari bermula hari ini. Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Muar jam 9.13 pagi dengan kawalan ketat…