Input your search keywords and press Enter.

Admin

4725 Articles0 Comments

MyeongDong Topokki Kini Miliki Sijil Halal JAKIM

M update, 23/12/2019 – Peminat hidangan menu berasaskan, Korea Street Food di Restoran MyeongDong Topokki Malaysia tidak perlu bimbang lagi mengenai status halalnya kerana ia kini sudah mendapat pengiktirafan sijil halal sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketua Pegawai Eksekutif, MyeongDong Topokki, Vincent Lua, berkata memiliki pengiktirafan halal menjadi…

Kasih Sayang Tidak Mengira Agama

M Update, 23/12/2019 – “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,” kata seorang nenek beragama Buddha yang menjaga cucu perempuan Islam sejak 23 tahun lalu. Tan Guan…

Polis Buru Suspek Cabul Kanak-Kanak Di Tandas Surau

M Update, 23/12/2019 – Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit kes cabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar di sini, 13 Disember lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 18 Disember lalu selepas…

Rawatan Kanser : Masih Ramai Jumpa Bomoh Daripada Doktor

M Update, 23/12/2019 – Kebanyakan pesakit kanser payudara di negeri ini masih mendapatkan rawatan tradisional, terutama bomoh tempatan dan Thailand berbanding ke hospital. Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, majoriti pesakit kanser payudara lambat datang…

Wang Kertas Negara Bebas Lemak Khinzir

M Update, 19/12/2019 – Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, wang RM1 dan RM5 guna polimer sebab ia lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa. “Wang kertas tidak mengandungi apa-apa unsur lemak khinzir seperti…

JPJ : Urus Niaga Pendaftaran Nombor Khas Kenderaan Sehingga 31 Disember Ini

M Update, 19/12/2019 – Segala urus niaga berkaitan pendaftaran nombor khas kenderaan perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, selepas tarikh berkenaan, tiada sebarang penjualan dan pendaftaran nombor khas kenderaan akan dibenarkan. Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan…

Senarai Penerima Subsidi Petrol Dijangka Dikeluarkan Februari 2020

M Update, 19/12/2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan senarai muktamad penerima Program Subsidi Petrol (PSP) pada Februari depan, kata Timbalan Menteri berkenaan Chong Chieng Jen. Beliau berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat kementerian berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi setelah pemurnian data itu selesai…

Perpaduan, Pembangunan Penting Untuk Ummah Hadapi Cabaran – Agong

M Update, 19/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam supaya meningkatkan usaha ke arah perpaduan dan pembangunan bagi mengatasi pelbagai cabaran hidup dalam dunia yang sangat kompleks. “Pada saya, keperluan untuk perpaduan ummah serta membawa pembangunan kepada komuniti kita adalah dua kaedah paling…