Input your search keywords and press Enter.

Admin

4487 Articles0 Comments

Malaysia Johan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar

M Update, 21/3/2019 – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti itu dan Malaysia apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) bagi kategori bukan penutur asal Bahasa Arab di Doha, Qatar, hari ini. Menurut kenyataan Pusat Komunikasi Strategik USIM di sini, pasukan…

SKMM Mahu Tutup Facebook?

M pdate, 21/3/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk menutup laman sosial, Facebook di negara ini. Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak, berkata bagaimanapun suruhanjaya itu dan pihak berkuasa berkaitan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pelbagai platform media sosial bagi mengelak sebarang perbuatan…

Singapura ranap impian Harimau Malaya

M Update, 21/3/2019 – Hasrat Malaysia menjulang Piala Airmarine pada penganjuran sulung gagal direalisasikan selepas tewas 1-0 kepada negara jiran, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Bagaimanapun, Harimau Malaya seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan deretan peluang yang dicipta terutamanya di babak kedua. Ia sekali gus menyaksikan impian…

Ular ‘tumpang tidur’ di tingkat 14

M Update, 21/3/2019 – Tidur seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katil rumahnya di Tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini, semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang…

Haziq sudah ‘tiada’…

M Update, 21/3/2019 – Mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan terbabit dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam ini. Kedutaan Malaysia…

Tiada Straw Bermula Mei

M Update, 20/3/2019 – Larangan penggunaan penyedut minuman atau straw plastik akan dimulakan di Melaka berkuatkuasa selewat-lewatnya pada Mei depan. EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew, berkata langkah berkenaan sebagai usaha untuk memelihara kualiti alam sekitar di negeri ini sekali gus mengurangkan…

Tiada Pawagam Di Kelantan

M Update, 20/3/2019 – Kerajaan Kelantan memutuskan tiada pawagam akan beroperasi di negeri ini untuk membendung gejala sosial. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, pada masa sama, pihaknya bimbang pengusaha pawagam gagal mematuhi syarat ketat yang ditetapkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan…

Sudahla Bogel, Tak Mengaku Salah Pulak

M Update, 20/3/2019 – Mak Nyah yang sebelum ini tular di media sosial berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan bogel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas kesalahan berkelakuan tidak sopan dan mengganggu keamanan. Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu, Filipina bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas…

SKMM pantau akaun media sosial sebar video serangan maut

M Update, 20/3/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menutup akaun media sosial melanggar terma perkhidmatan berhubung penularan video penstriman serangan maut di Masjid Al Noor, Christchurch, Jumaat lalu. SKMM dalam satu kenyataan media, hari ini, memaklumkan sudah menghubungi pengendali platform media sosial untuk memadamkan video versi penuh…