Input your search keywords and press Enter.

Puma Loqo

213 Articles0 Comments

LABUR US$7 JUTA UJI KESESUAIAN TEKNOLOGI LOJI TENAGA MAYA DI MALAYSIA.

TNB Research iaitu anak syarikat Tenaga Nasional Berhad serta konsortium Korea iaitu I-ON Vomunications, Busan City Gas serta KH Shinhwa SnC akan melabur sebanyak AS$7 juta bersamaan RM28.63 juta bagi tempoh 3 tahun untuk melaksanakan ujian teknologi Loji Tenaga Maya di Malaysia. Ujian teknologi itu bertujuan mengawalselia bekalan elektrisiti dengan…

Produk PETRONAS Keluar Dari Pengerang Bulan Depan

Projek penting bagi melengkapkan pertumbuhan di rantau ini malah, Kompleks Bersepadu Pengerang bernilai AS$27 bilion disiapkan dalam tempoh 5 tahun. PETRONAS dan Saudi Aramco secara bersama memiliki kompleks penapisan yang mempunyai kapasiti 300,000 tong sehari (bpd) di Pengerang Johor Malaysia. Kapasiti penapisan PETRONAS mampu mencapai 700,000 bpd, jika termasuk kepentingan…

Bimbang Kadar Pengangguran Meningkat

Data daripada Ambank Research menunjukkan hanya terdapat pertambahan sebanyak 6,800 pekerjaan baharu pada Januari lalu dengan kadar pengangguran pada 3.4% walaupun kebanyakan penganalisis melihat kadar pengangguran kekal pada 3.3%. Menurut ketua ekonomi Ambank Research, Dr. Anthony Dass dengan paras tersebut ia telah menandakan bahawa 4 bulan berturut-turut kadar pengambilan pekerja…

Kerajaan kaji penjawat awam sertai sektor swasta

Kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik untuk memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta. Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr. Mahathir berkata kerajaan  sedang merangka pilihan untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan ke sektor tersebut. Selain daripada memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta, kerajaan juga mempunyai pilihan untuk menswastakan beberapa jabatan dalam…

Alam Maritim peroleh kontrak RM40 Juta

Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd. menganugerahkan perjanjian kontrak perkhidmatan pemeriksaan bawah air bernilai RM40 juta kepada Alam Maritim Sdn Bhd. Kontrak itu membabitkan satu skop kerja asas dan pemeriksaan berjadual ke atas pelantar jaket Carigali Hess, saluran paip serta kemudahan penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO). Tempoh kontrak adalah selama…

Kerjasama TNB & JKR

TNBX Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) melaksanakan kajian daya maju untuk memasang bunumbung solar pada bangunan JKR di bawah Program Pembelian Tenaga Solar TNB. Kajian tersebut merupakan sati daripada lima bidang kerjasama memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh Pengarah…

Penggajian dari Singapura tidak dikenakan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah menyatakan bahawa penggajian rakyat Malaysia yang diterima dari Singapura atau bukan berpunca daripada penggajian yang dilakukan di Malaysia berikutan hasil daripada penggajian negara luar tidak akan dikenakan cukai dalam negara Malaysia. Menurut beliau, pendapatan yang boleh dikenakan cukai…

PETRONAS Untung RM55.3 Bilion

Keuntungan bersih PETRONAS meningkat 22% daripada RM45.5 bilion kepada RM55.3 bilion sekaligus ia mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Pendapatan yang diraih oleh kumpulan pula meningkat 12% kepada RM251 bilion berbanding rm223.6 bilion tahun 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan…

AETS beri impak positif harga getah

Walaupun Malaysia hanya melaksanakan AETS bermula 1 April hingga 31 Julai 2019 dengan jumlah eksport dihadkan dan dukurangkan kepada 357,535 tan metric, kesan positif paras harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR20) FOB telah meningkat sebanyak 12.7% kepada RM5.87 sekilogram semalam, daripada RM5.21 sekilogram pada 31 Disember tahun lalu setelah pelaksanaan…

Oil & Gas Serta Teknologi Komunikasi Bakal Meletop

Baru-baru ini, Hwawei membuat pengumuman untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi di dunia bagi menyediakan rangkaian 5G termasuk di Malaysia. Oleh itu, saham-saham dalam sektor teknologi akan melonjak naik ekoran kebanyakan syarikat-syarikat teknologi dan telekomunikasi kini dalam perancangan melaksanakan sistem 5G. Selain sektor teknologi, sektor minyak dan gas (O &…