Input your search keywords and press Enter.

Dunia

188 Juta Mengundi Pada Fasa Ketiga Pilihan Raya India

M Update, 24/04/2019 – Jutaan rakyat India mengundi dalam fasa ketiga dan terbesar pilihan raya umum negara itu, hari ini, termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi. Modi mengundi di kampung halamannya, Gujarat dan beliau sekali lagi menegaskan bahawa tumpuan pentadbirannya adalah bagi menangani keganasan. Beliau sempat mengunjungi ibunya pada awal pagi…

New IRA Mengaku Bunuh Wartawan Di Londonderry

M Update, 23/04/2019 – Kumpulan republikan serpihan New IRA hari ini, mengaku bertanggungjawab dalam kejadian pembunuhan wartawan Ireland Utara, Lyra McKee, minggu lalu. Pada masa sama, polis turut mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 57 tahun, mengikut Akta Keganasan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tembakan itu. “New IRA ingin melahirkan…

Bekas Presiden Vietnam Meninggal Dunia Usia 99 Tahun

M Update, 23/04/2019 – Bekas presiden Vietnam, Jeneral Le Duc Anh yang mengetuai pencerobohan ke atas Kemboja sehingga berjaya meruntuhkan rejim Khmer Rouge, meninggal dunia pada usia 99 tahun. Duc Anh, 99, yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya di selatan Vietnam, lokasi di mana beliau mula menyertai perang komunis menentang Perancis…

500 Dipindahkan Gas Bocor Di Sydney Opera

M Update, 23/04/2019 – Kira-kira 500 orang dipindahkan daripada bangunan Sydney Opera House yang bersambung dengan sebuah restoran susulan berlaku kebocoran gas, kata pasukan bomba yang masih memantau keadaan. Pasukan bomba dan penyelamat New South Wales menerusi laman Twitter berkata, petugas syarikat gas sedang memulihkan keadaan dan tidak memberikan sebarang…

Sri Lanka Berkabung Kenang Mangsa Serangan Bom

M Update, 23/04/2019 – Seluruh Sri Lanka bertafakur selama tiga minit hari ini, sempena hari berkabung negara bagi mengenang lebih 300 mangsa yang terkorban dalam insiden serangan bom, yang didakwa didalangi kumpulan militan Islam tempatan. Bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan dan orang ramai menunduk kepala tanda hormat,…

Ribut Pasir Landa Arab Saudi

M Update, 23/04/2019 – Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan amaran cuaca ketika ribut pasir besar-besaran menyerang negara pentadbiran diraja itu. Angin berkelajuan 31 kilometer sejam membadai ibu kota ini semalam, menyebabkan gangguan lalu-lintas meluas akibat tahap penglihatan rendah. Ribut pasir juga mencetuskan masalah di rantau Al-Jouf, Sempadan Udara dan Qassim…

Usaha Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Pampanga Dipertingkat

M Update, 23/04/2019 – Gempa bumi berukuran 6.3 itu melanda barat daya ibu negara semalam dan mendatangkan kerosakan besar pada lapangan terbang serta mengakibatkan penduduk tempatan bertempiaran lari apabila melihat bangunan pencakar langit bergoyang, kata Ahli sains dari Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) . Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari…

Jumlah Kematian Banjir Lumpur Meningkat 20

M Update, 23/04/2019 – Menurut kenyataan agensi bencana alam dan risiko Columbia (UNGRD) di Twitter, pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat mangsa dewasa dan kanak-kanak semalam di Rosas. Jumlah kematian akibat banjir lumpur di barat daya Columbia meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang. Sumber UNGRD memberitahu, 10 lagi mangsa masih belum…

10 maut, Anggota Polis Nigeria Rempuh Perarakan

M Update, 23/04/2019 – Insiden itu berlaku lewat kelmarin apabila anggota polis tidak bertugas terbabit merempuh keretanya ke arah perarakan ketika sambutan Easter di Gombe, kata jurucakap polis Mary Mallum. Sepuluh maut manakala lebih 30 magsa cedera apabila seorang anggota polis merempuh kenderaannya ke arah sekumpulan kanak-kanak yang berarak ketika…

Bas Jatuh Gaung Di Bolivia, Ragut 25 Nyawa

M Update, 23/04/2019 – 25 orang maut selepas sebuah bas yang melanggar dua trak, terjunam 200 meter ke dalam jurang, kata polis Bolivia semalam. Difahamkan ketika kejadian, bas terbabit cuba memotong sebuah trak malam Ahad lalu apabila ia bertembung dengan sebuah trak lain di utara La Paz, kata ketua polis,…