Input your search keywords and press Enter.

Dunia

30 Orang Asli Guatemala maut dilanggar trak

M Update, 28/3/2019 – Sekurang-kurangnya 30 penduduk dari komuniti Orang Asli Guatemala terbunuh malam tadi apabila dilanggar sebuah trak di lebuh raya. Menurut AFP, mangsa berkumpul di lokasi untuk membantu seorang mangsa yang maut dalam kemalangan langgar lari sebelum mereka dilanggar trak terbabit. Jurucakap Cecilio Chacaj memberitahu media, setakat ini,…

Wanita Lahirkan Anak Kembar, Sebulan Selepas Bersalin

M Update, 28/3/2019 – Hebatnya kuasa Allah. Seorang ibu di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar sihat, selepas 26 hari bersalin anak pertama dalam keadaan pra matang. Arifa Sultana, 20, melahirkan seorang bayi lelaki, bulan lalu, menerusi kaedah semula jadi, namun doktor terlepas kewujudan uterus kedua. Beliau tidak sedar…

Hudud akan dilaksana April ini

M Update, 28/3/2019 – Brunei, bekas jajahan British mempunyai 400,000 penduduk dengan 67 peratus beragama Islam. Mulai minggu depan, Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol. Sebelum ini, Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu…

Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB

M Update, 28/3/2019 – Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia yang baharu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS). Sebelum dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke PBB, beliau  pernah berkhidmat di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia…

Pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura April ini

M Update, 28/3/2019 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akan bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada minggu pertama April bagi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9. Dalam laporannya, The Straits Times yang memetik Kementerian Luar Singapura, antara lain menyatakan Malaysia mencadangkan supaya pemukiman diadakan pada…

Wisma Putra : Malaysia gesa Israel hormati undang-undang antarabangsa

M Update, 28/3/2019 – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan serta kestabilan di rantau itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan, semalam, berkata Malaysia amat bimbang dengan peningkatan keganasan di Gaza berikutan serangan balas Israel yang berlebihan. Beberapa…

Daerah di New York isytihar darurat akibat wabak campak

M-Update,27/3/2019, NEW YORK: Sebuah daerah di New York yang dilanda wabak campak mengisytiharkan darurat semalam dan melarang kanak-kanak bawah umur yang tidak menerima imunisasi vaksin berada di tempat awam dalam usaha mencegah penyakit yang pernah dibasmi sepenuhnya itu daripada merebak. Langkah yang mentakrifkan tempat awam sebagai sebarang lokasi yang boleh…

6,000 kanak-kanak di Palu masih tinggal di khemah

M-Update,27/3/2019, JAKARTA: Beribu-ribu kanak-kanak masih tinggal di kawasan penempatan sementara selepas enam bulan gempa bumi dan tsunami melanda Palu, kata agensi bantuan hari ini, ketika pihak berkuasa bergelut menguruskan proses pemulihan yang terlalu perlahan. Kira-kira 170,000 penduduk dari Palu dan daerah sekitarnya masih tidak mempunyai tempat tinggal dan seluruh kawasan…

Perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang diperakukan di Rom, Itali pada 17 Julai 1998, dan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2002. Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan menerima “perkara-perkara pelik” yang bercanggah dengan Malaysia sebaliknya, Kerajaan…

Parti pro-junta dahului pilihan raya, lebih 90 peratus undi dikira

M-Update,25/3/2019, BANGKOK: Parti pro-junta Thailand mendahului dengan kejutan ketika hampir semua undi dikira, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) lewat hari ini, mengetepikan lawannya pembangkang pro-demokrasi dalam pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa 2014. Parti Phalang Pracharat yang mahu mengekalkan kuasa ketua junta, Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri, memperoleh lebih 7.3…