Input your search keywords and press Enter.

Dunia

SpaceX lancar roket bawa satelit internet

M Update, 24/05/2019 – Syarikat usahawan berteknologi tinggi Elon Musk, SpaceX, melancarkan roket Falcon 9 dari sini semalam, dalam misi membawa kumpulan pertama 60 satelit kecil ke orbit rendah Bumi bagi operasi perkhidmatan internet Starlink baharunya. Roket itu dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Cape Canaveral di sini, kira-kira jam 10.30…

Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Oxford susulan kecaman

M Update, 24/05/2019 –  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford Britain susulan kecaman global diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John susulan cadangan hukuman mati terhadap pesalah seks gay dan zina. Sehingga April lalu, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen menggesa Universiti Oxford menarik…

Membanggakan! Pelajar Malaysia Raih ‘4 Flat’ Di Universiti Arizona State

M Update, 24/5/2019 – Kecemerlangan pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid, 23, yang memperoleh keputusan CGPA 4.0 di Arizona State Universiti (ASU), Arizona, Amerika Syarikat dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian), benar-benar membanggakan negara. Maryam Balqis yang merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang berjaya mengekalkan keputusan cemerlang…

Dua pendatang maut akibat kepanasan

M Update, 24/05/2019 – Dua pendatang yang bersembunyi di dalam tangki minyak kosong dilaporkan maut, selepas menerima rawatan di sebuah hospital di utara Serbia. Dalam kejadian itu, empat lelaki, termasuk dua lelaki dipercayai berasal dari Afghanistan, ditemui tidak sedarkan diri akibat kepanasan di dalam tangki yang diletakkan di sebuah kawasan…

Modi menang besar, Israel paling awal ucap tahniah

M Update, 23/05/2019 – Perdana Menteri India, Narendra Modi menang besar dalam pilihan raya, semalam dan dijangka menambah majoriti parlimen. Kemenangan itu dijangka memberikan parti beliau mandat untuk melaksanakan dasar mesra perniagaan yang mengutamakan penduduk Hindu selain mengambil pendekatan tegas terhadap isu keselamatan negara. Data rasmi suruhanjaya pilihan raya India…

Lelaki Australia didakwa cabul 47 budak lelaki

M Update, 23/05/2019 – Seorang lelaki Australia mendera secara seksual puluhan budak lelaki, sesetengah mangsa berusia semuda 10 tahun ketika bekerja di republik ini dari tahun 2000 hingga 2017. Dilabel sebagai pesalah seks paling teruk Australia, Boris Kunsevitsky, 52, berkunjung ke Asia Tenggara dan mengeksploitasi sekurang-kurangnya 47 budak lelaki termasuk…

Ngeri! Sup Meletup Terkena Muka

M Update, 23/5/2019 – Seorang pelayan di sebuah restoran stimbot mengalami lecuran teruk pada wajahnya apabila sup yang menggelegak meletup ketika dia cuba mengeluarkan pemetik api yang terjatuh ke dalamnya. Dalam kejadian pada 15 Mei lalu di restoran Haidilao di Kunming, Yunnan itu, pemetik api pelanggan secara tidak sengaja terjatuh…

Monyet mengamuk bunuh lelaki, cederakan 9 yang lain

M Update, 23/05/2019 –  Lelaki berusia 60 tahun maut manakala sembilan lagi cedera apabila seekor monyet mencetuskan huru hara sejak sembilan hari lalu dalam kejadian di Badnawar, tengah India. Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit, Nathuram mati akibat cedera parah digigit haiwan liar. Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk tempatan yang melakukan…