Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Tiga MOU Dimeterai Antara Malaysia Dan China

M Update, 26/4/2019 – Malaysia dan China semalam memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU), termasuk persetujuan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu menambah pembelian minyak sawit dalam tempoh lima tahun akan datang. Perjanjian membabitkan peningkatan perdagangan minyak sawit dan kerjasama dalam pembangunan taman perindustrian, infrastruktur, hab logistik dan pembangunan berasaskan transit…

Perancis Pertahan Hak Navigasi Di Selat Taiwan

M Update, 26/04/2019 –  Perancis hari ini menegaskan komitmennya terhadap kebebasan navigasi di bawah undang-undang maritim susulan pertikaian dengan China selepas sebuah kapal perang Perancis melalui Selat Taiwan awal bulan ini. “Tentera laut Perancis melalui Selat Taiwan kira-kira sekali setahun, tanpa sebarang insiden ataupun tindak balas,” kata seorang pembantu kepada…

William Hadir Sambutan Anzac Day Di NZ

M Update, 25/04/2019 – Putera William dari Britain memberi penghormatan kepada tentera Australia dan New Zealand hari ini dalam satu upacara penuh emosi Anzac Day, enam minggu selepas insiden pembunuhan beramai-ramai dua masjid Christchurch. William berada di New Zealand untuk bertemu mangsa terselamat insiden tembakan 15 Mac lalu di mana…

2 Amah Indonesia Bebas Daripada Hukuman Mati Kerana Sihir

M Update, 25/04/2019 – Dua pekerja domestik Indonesia yang dijatuhi hukuman mati kerana mengamalkan sihir terhadap keluarga majikan mereka di Arab Saudi tiba di republik ini semalam selepas hukuman mereka dibatalkan, kata Kementerian Luar Indonesia. Amah terbabit dikenali Sumartini dan Warnah, tiba di ibu kota ini selepas menjalani hukuman penjara…

Tuduhan penipuan pilihan raya Indonesia tidak berasas

M Update, 25/04/2019 – Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia Wiranto berkata semalam, tuduhan bahawa kerajaan dan pasukan keselamatan bersekongkol dengan agensi pilihan raya untuk menjalankan penipuan sistematik ketika pilihan raya minggu lalu adalah ‘tidak berasas’ dan mengancam keselamatan negara. Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengisytiharkan kemenangannya selepas…

Joe Biden Umum Pencalonan Kali Ketiga Presiden AS 2020

M Update, 25/04/2019 – Selepas beberapa bulan dalam teka-teki, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengumumkan pencalonannya sebagai Presiden AS hari ini, meletakkan veteran Demokrat itu sebagai calon hadapan yang mahu mencabar Donald Trump pada 2020. Ahli politik kanan berusia 76 tahun itu, dijangka membuat pengumuman menerusi…

Jong-un, Putin Bertemu Buat Julung Kali

M Update, 25/04/2019 – Presiden Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mengadakan pertemuan julung kali di wilayah paling timur di Russia hari ini, dengan Jong-un mencari sokongan dalam ketegangan nuklear dengan Amerika Syarikat. Pesawat Putin mendarat di bandar raya Vladivostok di pantai Pasifik sehari selepas kereta api yang…

3 Anggota Majlis Tentera Sudan Letak Jawatan

M Update, 25/04/2019 – Tiga anggota majlis pemerintah tentera Sudan meletak jawatan semalam selepas ia berkata mencapai ‘perjanjian untuk semua tuntutan’ dengan pemimpin bantahan yang mengancam perarakan sejuta orang bagi menuntut peralihan kepada kerajaan awam. Anggota majlis tentera seramai 10 orang menjemput pemimpin bantahan untuk berbincang selepas mereka menggantung rundingan…

Pelan Damai Asia Barat Trump Tidak Masukkan Jordan

M Update, 25/04/2019 – Seorang perancang pelan damai Asia Barat Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik Palestin-Israel menulis di Twitter semalam, mendedahkan satu lagi elemen bahawa ia tidak memasukkan perikatan dengan negara jiran, Jordan. Wakil Asia Barat Presiden Donald Trump, Jason Greenblatt, menulis tweet Jumaat lalu, menafikan laporan, cadangan itu…