Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kes Penyakit Kawasaki Di Malaysia

M Update, 21/5/2020 – Tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, sindrom penyakit itu bukanlah kebiasaan tetapi masyarakat perlu mengelakkan jangkitan terbabit kepada kanak-kanak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan…

Individu Dari Zon Merah Dinasihat Tidak Rentas Daerah – Noor Hisham

M Update, 21/5/2020 – Kementerian Kesihatan menasihati individu yang tinggal di Zon Merah supaya tidak melakukan perjalanan rentas daerah atau pulang ke kampung ketika sambutan Aidilfitri. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana pihaknya bimbang berlaku risiko jangkitan terhadap ahli keluarga khususnya yang berada di kawasan Zon…

Cuba Rentas Negeri: Lebih 3,000 Kenderaan Diarah Patah Balik

M Update, 20/5/2020 – Lebih 3,000 kenderaan diarah berpatah balik semalam, apabila dikesan cuba melakukan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung tanpa alasan munasabah. Jumlah itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding kelmarin yang menyaksikan lebih 1,000 kenderaan dikesan cuba melakukan perjalanan merentas negeri, yang bertentangan dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan…

Tunai Haji: Malaysia Tunggu Keputusan Arab Saudi

M Update, 20/5/2020 – Kerajaan belum membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang keputusan akan dibuat selepas menerima pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. “Setakat ini seperti kita tahu kerajaan Arab Saudi belum pun…

Perantau Bawa Pulang Jangkitan Baharu Ke Kelantan

M Update, 20/5/2020 – Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung. Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin. “Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan. “Mangsa…

Umat Islam Di Selangor Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Sambutan Aidilfitri

M Update, 20/5/2020 – Umat Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat sunat hari raya. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.…

Khidmat Gunting Rambut Masih Tidak dibenarkan

M Update, 19/5/2020 – Kerajaan masih belum membenarkan perkhidmatan gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan walaupun sektor perkhidmatan itu ada membuat permohonan kelonggaran untuk kembali beroperasi. “Saya tahu menjelang hari raya ini, perkhidmatan gunting…