Input your search keywords and press Enter.

Graduan Protes : Kerajaan Tidak Campur Tangan Tindakan UM – PM

M Update, 16/10/2019 – Kerajaan tidak perlu campur tangan terhadap tindakan yang di ambil Universiti Malaya (UM) membabitkan graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata universiti berkenaan berhak mengambil tindakan yang dirasakan sesuai terhadap graduan berkenaan. Katanya,…

Hampir 600,000 PATI Diusir Dari Sabah

M Update, 16/10/2019 – Sejumlah 586,700 pendatang tanpa izin diusir dari Sabah sejak 1990 sehingga 30 September lalu, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kementerian itu menyebut, kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) fokus dalam menangani isu keberadaan pendatang tanpa izin dengan menggiatkan penguatkuasaan serta pengusiran. Menurut KDN,…

Siaran TV Analog Di Utara, Timur Semenanjung Ditutup Sepenuhnya

M Update, 16/10/2019 – Siaran televisyen (TV) terrestrial analog secara rasminya ditutup di tujuh buah negeri Wilayah Utara dan Timur Semenanjung pada 12.30 malam tadi, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam satu kenyataan Selasa, MCMC menjelaskan penutupan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog yang kini beralih kepada…

Subsidi Minyak: Bil TNB panduan kelayakan M40

M Update, 16/10/2019 – Mekanisme saringan peruntukan subsidi petrol kepada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40) bakal bersandarkan beberapa panduan daripada agensi tertentu. Selain butiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelayakan menerima subsidi oleh golongan yang sering dikatakan dihimpit peningkatan kos sara hidup tetapi tidak diberi peruntukan sewajarnya…

Hantar Anak Ke Taska, Pra Sekolah Di Beri Pelepasan Cukai RM2,000

M Update, 16/10/2019 – Ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan atau pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1,000 sebelum ini. Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019…

Meninggal Dunia Selepas Selesai Mengajar Al-Quran

M Update, 15/10/2019 – Seorang guru al-Quran meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengajar di Masjid Wadihana, Mergong, di sini, pagi semalam. Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di ruang mengajar masjid berkenaan kira-kira jam 11 pagi. Anaknya, Syeikh Zainul Mukhtar, 45 memaklumkan, bapanya keluar dari rumah di…

Perbaiki SOSMA, Bukan Dimansuhkan

M Update, 15/10/2019 – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya memadai dipinda dengan beberapa penambahbaikan. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengesahkan akta berkenaan sedang diteliti semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). “SOSMA tidak perlu dimansuhkan, cuma perlu diperbaiki. Dulu SOSMA disalah guna termasuk ke atas Maria…

Lanjutan Cuti Bersalin 90 Hari Kekal – TPM

M Update, 15/10/2019 – Sejajar usaha memberi lebih banyak ruang kepada wanita mendampingi anak baru dilahirkan, kerajaan kekal dengan keputusan memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari, berkuat kuasa 2021. Walaupun begitu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan untuk membuka ruang perbincangan bersama pihak…

Graduan Biadap: UM Buat Laporan Polis

M Update, 15/10/2019 – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam. UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan…