M Update, 16/10/2019 – Ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan atau pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1,000 sebelum ini. Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019…
M Update, 15/10/2019 – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam. UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan…
M Update, 10/10/2019 – Kanak-kanak yang menggunakan gajet tanpa kawalan dan had masa tertentu berisiko tinggi mengalami mata kabur dan kering serta rabun jauh, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri yang juga doktor pakar mata, berkata penggunaan gajet berlebihan juga meningkatkan risiko degenerasi makula, iaitu…
M Update, 2/10/2019 – Tiada berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris PT3 akan diulangi pada 10 Oktober ini seperti yang tersebar. Unit Komunikasi Korporat Kementerian…
M Update, 30/9/2019 – Persatuan Sukan Elektronik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ESKL) bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan kini dalam perancangan memperkenalkan e-sukan sebagai kokurikulum di semua sekolah menengah di Kuala Lumpur. Presiden ESKL, Hisham Darus berkata, ia akan dilaksanakan menerusi penubuhan kelab-kelab e-sukan dengan tujuan memberi pendedahan serta pemahaman kepada…
M Update, 27/9/2019 – Diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Semenanjung yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh bermula 1 November ini hingga 31 Disember 2020. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata keputusan yang dipersetujui…
M Update, 26/9/2019 – Dua kursus wajib baharu diperkenalkan di universiti awam (UA) bermula sesi pengambilan 2019/2020, selaras hala tuju pendidikan berteraskan nilai, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau berkata dua kursus berkenaan, iaitu Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban wajib diambil oleh mahasiswa dalam tempoh…
M Update, 23/9/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penerima sulung Anugerah Khas Kelestarian Canselor pada Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena sambutan ulang tahun ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini. Canselor USM, yang juga Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan anugerah itu kepada…
M Update, 20/9/2019 – Sebanyak 1,037 sekolah diarah tutup di Sarawak hari ini akibat jerebu, dengan keseluruhannya membabitkan 325,392 pelajar. Arahan penutupan itu masing-masing membabitkan 901 sekolah rendah dan 136 sekolah menengah di kawasan barat dan tengah negeri ini. Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad, berkata Sibu mencatat jumlah tertinggi…
M Update, 18/9/2019 – Jumlah sekolah ditutup akibat jerebu di Selangor hari ini meningkat kepada 538 sekolah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan di tahap sangat tidak sihat sehingga jam 6 pagi tadi. Pejabat Pendidikan Selangor melalui satu kenyataan pagi ini memaklumkan sekolah yang ditutup berada bawah seliaan…