Input your search keywords and press Enter.

Tag

Bola Sepak

Rekod baru 7.69 saat

WATFORD, United Kingdom: Penyerang Southampton Shane Long menjaringkan gol terpantas Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi pada 7.69 saat untuk seri 1-1 menentang Watford, yang menyamakan kedudukan menerusi Andre Gray. Gol Long itu hadir sejurus selepas sepak mula apabila dia menahan bola cuba dikeluarkan pertahanan Watford Craig Cathcart, dan menewaskan…

Chelsea sekadar seri

LONDON: Chelsea menerima tamparan hebat dalam usaha memburu slot Liga Juara-Juara apabila Burnley mengikat mereka 2-2 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Maurizio Sarri turut diarahkan keluar padang, pagi tadi. Jeff Hendrick menghadiahkan Burnley jaringan pembukaan sebelum N’Golo Kante dan Gonzalo Higuain meletakkan Burnley di depan 2-1 hanya…

Mancester United lunyai

M-Update,17/4/2019, BARCELONA: Lionel Messi menghasilkan sentuhan berbisanya dalam kempen Liga Juara-Juara selepas membantu Barcelona mara ke separuh akhir selepas menewaskan Manchester United 3-0 dalam saingan suku akhir kedua, pagi tadi. Dua gol Lionel Messi dan kesilapan buruk penjaga gol, David de Gea menyingkirkan Manchester United daripada Liga Juara-Juara selepas tumpas…

Sepasukan Bola Sepak Mabuk Dalam Pesawat

M Update, 12/04/2019 –  Polis terpaksa ‘mengusir’ kesemua 25 pemain sebuah pasukan bola sepak British dari penerbangan easyJet di lapangan terbang Alicante kerana mabuk dan mengganggu penumpang lain. Polis membawa keluar pasukan terbabit sebaik pesawat tiba di Alicante dari Bristol pada Jam 10.50 malam, Sabtu lalu selepas menerima aduan mengenai…

Pemain Tertua: Isaak Hayik Cipta Rekod

M-Update,8/4/2019, Penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik meletakkan diri dalam catatan sejarah sebagai pemain tertua yang mengambil bahagian dalam sebuah perlawanan bola sepak profesional, Isaak yang berusia 73 tahun beraksi untuk pasukan Ironi Or Yehuda dalam satu perlawanan Liga Bet South A yang merupakan liga divisyen keempat Israel. Isaak menyatakan…

Barcelona hampiri gelaran La Liga

M-Update,08/4/2019, BARCELONA – LUIS Suarez dan Lionel Messi meledakkan gol bagi membantu Barcelona menumbangkan Atletico Madrid yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, hari ini, yang turut menyaksikan kelab Catalan itu memiliki kelebihan 11 mata untuk menghampiri gelaran La Liga. Pada pertemuan itu juga, Diego Costa dibuang padang pada minit ke-28…

Saya Tidak Takut Mati – Pele

M Update – 04/04/2019 – Legenda bola sepak Pele dikejarkan ke hospital semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas dia mengalami jangkitan saluran kencing tetapi dalam keadaan baik, kata pengiringnya. Pele, 78, juara dunia tiga kali bersama Brazil diberi antibiotik sebelum penerbangan kembali ke negaranya dan jangkitan berkenaan di bawah kawalan. Pele…

Arsenal naik tangga ketiga Liga Perdana

M-Update,2/4/2019, LONDON: Unai Emery memberi cabaran kepada Arsenal untuk mencipta sejarah mereka sendiri apabila mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana selepas kemenangan 2-0 mengatasi Newcastle awal pagi tadi. Jaringan babak pertama Aaron Ramsey diikuti Alexandre Lacazette pada penghujung permainan di Stadium Emirates, mengekalkan persembahan baik Arsenal di bawah kendalian Emery.…

Liverpool rampas kedudukan teratas liga

M-Update,18/3/2019, LIVERPOOL: Bintang Liverpool, Sadio Mane menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting dalam satu lagi jaringan ketika mereka kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan tipis 2-1 berdepan Fulham, semalam. Ia tampak akan menjadi hari yang mengecewakan buat skuad Juergen Klopp selepas jaringan pembukaan Mane disamakan Ryan Babel…

Malam luar biasa Juventus

M-Update,13/3/2019, TURIN: Cristiano Ronaldo menyifatkan kemenangan 3-0 Juventus ke atas Atletico Madrid pada aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sebagai ‘malam yang luar biasa’ buat juara Itali itu. Selepas mengalami defisit susulan kekalahan 2-0 di tempat lawan bulan lalu, Ronaldo tampil dengan persembahan cemerlang apabila meledak…