M Update, 24/2/2020 – Kesemua 100 anak kapal persiaran World Dream yang berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih, Johor disahkan negatif COVID-19 semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata semua anak kapal warganegara Malaysia itu telah disaring kesihatan pada 22 Feb lalu sebelum dibawa…
M Update, 19/2/2020 – Pasangan warga China masing-masing berusia 52 tahun dan 49 tahun yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, dibenarkan keluar hospital petang semalam, menjadikan jumlah terkini pesakit sembuh adalah 13. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasangan suami isteri yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru…
M Update, 18/2/2020 – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan palsu berhubung penularan jangkitan COVID-19 di laman profil Facebooknya. Shamsul Anuar Mohd Khairi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M Saravanan. Lelaki itu didakwa…
M Update, 17/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini menegaskan tiada kes disahkan positif jangkitan COVID-19 di Hospital Miri, Sarawak di negeri ini. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata sehingga semalam, hospital itu menerima 16 kes pesakit dalam siasatan (PUI) membabitkan 14 warga Malaysia dan masing-masing seorang…
M Update, 17/2/2020 – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan perpaduan serta keamanan negara tidak boleh dipandang remeh dan perlu sentiasa dikekalkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, keharmonian dalam kalangan rakyat menggambarkan kesatuan yang dibangunkan atas kepelbagaian agama, kaum, bahasa dan budaya. Di sebalik perbezaan agama, kaum, budaya dan…
M Update, 14/02/2020 – Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu. Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata mangsa merupakan wanita berusia 80-an yang telah dirawat di hospital sejak 1 Februari. Mangsa pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia namun disahkan menghidap COVID-19 setelah kematiannya. Pihak berkuasa kesihatan kini menyiasat bagaimana…
M Update, 14/2/2020 – Tiada rakyat Malaysia yang ditahan di mana-mana hospital di China untuk mendapatkan rawatan lanjut ekoran penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) di negara berkenaan. Mengesahkan perkara itu, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, kedutaan yang berpangkalan di Beijing bekerjasama rapat dengan kerajaan…
M Update, 14/2/2020 – Kematian akibat wabak COVID-19 di China meningkat kepada 1,483 hari ini tetapi jumlah kes baharu di wilayah Hubei yang paling teruk terjejas, berkurangan selepas meningkat mendadak semalam. Suruhanjaya Kesihatan kawan tengah Hubei melaporkan 116 lagi kematian selain 4,823 kes baharu, sebahagian besarnya pesakit yang disahkan melalui…
M Update, 13/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menafikan berlaku kes COVID-19 di Sarawak seperti yang tular di media sosial. Pengarahnya, Dr Chin Zin Hing menegaskan perkara itu adalah tidak benar dan penyebaran berita palsu sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. “Setakat ini,…
M Update, 13/2/2020 – Penilaian Kementerian Kesihatan terhadap situasi jangkitan coronavirus baharu (COVID-19) di negara ini mendapati ia masih dalam kawalan dan berada pada tahap pembendungan awal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementerian juga bersedia dan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan memasuki fasa seterusnya iaitu tahap…