Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Kerja Raya Malaysia

Banjir : Jangan Ingkar Arahan Berpindah!

M Update, 08/01/2021 – Penduduk Kelantan yang terjejas dengan banjir perlu berpindah segera ke pusat pemindahan sementara yang disediakan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Shafien berkata sikap segelintir penduduk yang berdegil dan enggan berbuat demikian boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku selain menyukarkan pihak berkuasa menjalankan tugas. “Jangan sampai pihak berkuasa terpaksa mengambil…

Seorang Lelaki Menjadi Korban Selepas Bantu Mangsa Banjir

M Update, 08/01/2021 – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam kelmarin. Mayat Mohammad Hakimin Rahim, 20, dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempat dia dilaporkan terjatuh dari…

Anggota Wanita APM Rela Berkorban Demi Mangsa Banjir

M Update, 08/01/2021 – Seorang ibu kepada lima anak sanggup berkorban, demi tugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), terutamanya ketika bencana banjir melanda negara, pada musim tengkujuh ini. Norashikin Mat Jusoh, 47, mengakui berasa sedih kerana terpaksa ‘berpisah’ sementara dengan keluarga, namun, pengorbanan sebegitu sudah biasa baginya dan rakan-rakan,…

Operasi Banjir : 12,000 PGA Diarah Siap Sedia, Bantu Negeri Terjejas Teruk

M Update, 08/01/2021 – Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata kesemua anggota PGA berkenaan akan…

Banjir : JAKOA Hantar Bekalan Makanan Untuk Orang Asli

M Update, 07/01/2021 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sudah menghantar bekalan makanan untuk penduduk Kampung Aring 5, dekat sini, hari ini. Kampung berkenaan terputus hubung sejak tiga hari lalu kerana jambatan ditenggelami banjir. Penyerahan bakul makanan kepada 76 keluarga itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Ariffin.…

Banjir : Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Menurun

M Update, 07/01/2021 – Seramai 23,550 mangsa banjir membabitkan 6,409 keluarga masih berlindung di 284 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah, setakat jam 12.30 tengah hari tadi. Jumlah itu bagaimanapun menurun sedikit berbanding 24,298 mangsa banjir daripada 6,535 keluarga yang ditempatkan di 276 PPS, hingga jam 8.30 pagi tadi.…

Segera Pindah, Jangan Buat Ramalan Sendiri – BOMBA

M Update, 07/01/2021 – “Sekejap lagi air akan surut, kami sudah lali dengan keadaan banjir.” Demikian antara alasan sesetengah penduduk apabila pihak anggota penyelamat meminta mereka berpindah lebih awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sikap yang bagaikan membuat ramalan sendiri itu bukan sahaja menyebabkan operasi menyelamat terganggu, malah mangsa yang telah dinasihatkan berpindah…