Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Perdana Menteri

Internet Percuma Untuk Semua Pengguna Setiap Hari

M Update, 5/6/2020 – Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma kepada pengguna. Perkhidmatan internet percuma itu bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Inisiatif yang akan diberikan sehingga 31 Disember depan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Pemulihan…

Perutusan Khas Perdana Menteri Dinantikan Rakyat

M Update, 5/6/2020 – Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat. Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen…

PM, 34 Pegawai Kembali Bertugas Hari Ini

M Update, 4/6/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menjalani kuarantin di rumah susulan seorang pegawai didapati positif COVID-19 akan kembali memulakan tugas di pejabat, hari ini. Selain Perdana Menteri, semua 34 ahli mesyuarat pasca Kabinet akan turut berbuat demikian. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,…

Tunai Haji: Malaysia Tunggu Keputusan Arab Saudi

M Update, 20/5/2020 – Kerajaan belum membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang keputusan akan dibuat selepas menerima pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. “Setakat ini seperti kita tahu kerajaan Arab Saudi belum pun…

Kelonggaran Aktiviti Agama Lain Diketahui Selasa Ini

M Update, 15/5/2020 – Keputusan berhubung kebenaran perlaksanaan aktiviti keagamaan di rumah ibadat selain agama Islam akan diketahui selewat-lewatnya Selasa depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kabinet sudah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berbincang dengan pemimpin lima agama terbesar di negara ini berhubung…

SOP Solat Jumaat, Solat Berjemaah Diketahui Khamis Ini

M Update, 12/5/2020 – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam…

Garis Panduan Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau Telah Diteliti KKM – Dr Zulkifli

M Update, 8/5/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah meneliti cadangan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau untuk mencegah jangkitan COVID-19. Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui satu muat…

SOP Solat Tarawih Akan Dibincangkan Hari Ini

M Update, 30/4/2020 – Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti penjarakan satu meter, melalui perbincangan hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP berhubung amalan ibadah seperti solat…

Pelajar IPT Mulakan Bergerak Pulang Ke Kampung Hari ini

M Update, 27/4/2020 – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan…