Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kemalangan Maut

Jenazah Empat Beranak Maut di New Zealand Dikebumi

M Update, 10/12/2019 – Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand, pada Jumaat lepas selamat dikebumikan pada jam 6.30 pagi ini (waktu Malaysia). Perkara itu disahkan oleh Afifah Shaiffuddin, 33, anak saudara Allahyarham Dr Rumihati Abd Hamid, yang menerima berita itu daripada ahli…

Hanya Dua Maut Nahas Tujuh Kenderaan

M Update, 13/11/2019 – Polis mengesahkan hanya dua maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Tapah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda…

Empat Maut Dalam Kemalangan Tujuh Kenderaan Dekat Tapah

M Update, 13/11/2019 – Empat termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba…

Dua Polis Maut Dirempuh Lori

M Update, 6/11/2019 – Dua anggota polis dilaporkan maut akibat dirempuh lori penghantar roti selepas selesai menjalankan tugas sekatan jalan raya di Pasir Gudang, awal pagi hari ini. Difahamkan, kemalangan 5.30 pagi itu berlaku di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih. Lori terbabit dikatakan terbabas ke kiri jalan, lalu melanggar enam…

Polis Cari Saksi Kemalangan Maut Dua Motosikal

M Update, 9/10/2019 – Polis memohon saksi awam untuk tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan dua motosikal di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah ke ibu negara, berhampiran bangunan Naza World, dekat sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal, Izham Shamsul Hazizan, 33, maut di tempat…

Ibu Bapa Maut Kemalangan, Tiga Beradik Yatim Piatu

M Update, 3/10/2019 – Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta mereka dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, Rompin dekat sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pada 5.30 pagi tadi, menyebabkan…

Anggota Polis Maut Digilis Lori

M Update, 26/9/2019 – Anggota polis maut digilis sebuah lori selepas motosikal ditungganginya terbabas akibat melanggar haiwan di Kilometer 50.3, Jalan Gerik-Kuala Kangsar, dekat Padang Grus, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia…

Maut Gara-Gara Ceroboh Lebuhraya WCE

M Update, 6/9/2019 – Gara-gara kenderaan dipandu hilang kawalan, dua lelaki mati rentung manakala seorang parah, dalam kemalangan di kawasan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), malam tadi. Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kereta jenis Audi A6, 2.0 (T)…

PDRM Jalankan Siasatan Penuh Berhubung Kematian Komando

M Update, 5/9/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden kematian melibatkan seorang komando semasa melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam. Menyifatkan insiden itu sebagai malang tidak berbau, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal…