Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

ATM Ada Kuasa Tangkap PATI, Banteras Penyeludupan Di Sempadan

M Update, 05/02/2021 – Anggota tentera yang terbabit mengawasi sempadan boleh menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) dan membanteras aktiviti penyeludupan selaras kuasa yang diperuntukkan kepada mereka sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata hasil perbincangan bersama, penguatkuasaan oleh Angkatan Tentera…

PKP 2.0 : 49 Pasar Malam Akan Beroperasi Sekitar KL

M Update, 05/02/2021 – Hanya 49 daripada 98 lokasi pasar malam seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Daripada jumlah itu, hanya tujuh lokasi pasar malam dijadual memulakan operasi mereka, hari ini, sejurus kebenaran mengenainya diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam. Tujuh lokasi…

COVID-19 : Malaysia Masih Belum Gagal – Ismail Sabri

M Update, 05/02/2021 – Malaysia masih belum gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memperjelaskan mengenai dakwaan sesetengah pihak berhubung perkara tersebut. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu berkata walaupun ada yang beranggapan negara telah gagal susulan peningkatan kes sehingga empat angka setiap hari, hakikatnya adalah sebaliknya.  “Kita pernah berjaya sekali tetapi kita masih…

SPRM Beri Jaminan Siasatan Kes Rasuah Secara Telus – Azam

M Update, 05/02/2021 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan setiap siasatan terhadap kes rasuah dilakukan tanpa sebarang keraguan. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata setiap tindakan dilakukan agensi itu adalah jelas dan tidak berkompromi selain meminta semua pihak bersabar agar siasatan dapat dilakukan secara terperinci untuk hasil yang lebih…

Johor Catat Kadar Kebolehjangkitan Tertinggi – Dr Noor Hisham

M Update, 04/02/2021 – Johor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.18 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Kuala Lumpur merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Labuan (1.11), Terengganu dan Selangor masing-masing mencatatkan 1.10 manakala…

COVID-19 : Stadium Tertutup MBPG PKRC Pertama Di Johor Beroperasi Sepenuhnya 10 Feb

M Update, 04/02/2021 – Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang merupakan Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) COVID-19 pertama di Johor, bakal beroperasi sepenuhnya pada 10 Feb ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata PKRC berkenaan akan menempatkan 1,200 buah katil dengan melibatkan seramai 60 hingga 100 petugas…

PKP 2.0 : Polis Labuan Tingkatkan Pengawasan Di Kawasan Pesisir & Jeti

M Update, 04/02/2021 – Polis Labuan mempertingkat pengawasan dan pemeriksaan di sepanjang kawasan pesisir serta jeti dalam usaha menangani kemasukan haram ke pulau bebas cukai itu. Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata sekurang-kurangnya 12 pasukan pemantau ditugaskan melakukan pemeriksaan 24 jam sehari. “Pemeriksaan rutin akan…

Negeri Sembilan Kecualikan Sewa Gerai Dua Bulan Untuk Peniaga

M Update, 04/02/2021 – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini memutuskan untuk memberikan pengecualian bayaran sewa gerai selama dua bulan bermula Januari bagi meringankan beban kewangan peniaga. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pengecualian berkenaan yang memanfaatkan seramai 4,165 peniaga di tujuh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, membabitkan peruntukan hampir RM1 juta. “Keputusan ini adalah…