Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Haiwan Pesakit Positif COVID19 Perlu Dikuarantin

M Update, 9/4/2020 – Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu…

Sepang, Kota Samarahan Dikategorikan Sebagai Zon Merah

M Update, 8/4/2020 – Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19. Pertambahan dua daerah itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah di Malaysia yang mencatatkan kes wabak itu dengan jumlah yang tinggi adalah sebanyak 23 kawasan. Infografik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat…

Patuh PKP Kunci Kejayaan Perangi COVID19 – Dr Adham Baba

M Update, 8/4/2020 – Kepatuhan terhadap tiga perincian utama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kunci yang akan menentukan kejayaan negara dalam memerangi pandemik coronavirus (COVID-19). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tiga perincian itu iaitu duduk di rumah, penjarakan sosial dan penjagaan aspek kebersihan dilihat efektif dalam…

Pesakit Disaran Guna VAS Untuk Ubat Susulan

M Update, 7/4/2020 – Pesakit yang diberikan rawatan ubat bagi penyakit kronik disaran menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) sedia ada di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM). Antara perkhidmatan VAS ditawarkan adalah Ubat Melalui POS (UMP), farmasi pandu lalu, Locker4U dan sistem temu janji farmasi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor…

PKPD Di Malayan Mansion, Selangor Mansion

M Update, 7/4/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempersiapkan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman di Jalan Masjid India, di sini susulan perisytiharan lokasi itu sebagai kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pengumuman mengenai PKPD terbaru yang berkuat kuasa serta merta itu…

COVID19: Pekerja Pulang Dari Singapura Perlu Kuarantin Di Rumah

M Update, 7/4/2020 – Rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura susulan langkah tegas republik itu untuk mengekang peningkatan jangkitan Covid-19, digesa melakukan kuarantin diri. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R Vidyananthan berkata, pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura dilarang keluar rumah jika tiada urusan penting. Katanya, jika…

Amalkan Cuci Tangan Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan

M Update, 7/4/2020 – Orang ramai dinasihat membasuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan kerana dibimbangi haiwan terbabit dijangkiti COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata adalah penting untuk menjaga kebersihan termasuk ketika mengendalikan haiwan terbabit. “Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya. Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama…

Jangkitan COVID19 Mula Dikesan Dalam Komuniti

M Update, 7/4/2020 – Penyebaran jangkitan COVID-19 dikesan sudah mula merebak dalam kalangan komuniti. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama dikesan di Kuantan membabitkan seorang individu yang mempunyai kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI). “Kes di Kuantan, dia tiada sejarah. Dia ada penyakit SARI dan…

Pergerakan Dari Semenanjung Ke Sabah/Sarawak Dan Sebaliknya Tidak Dibenarkan Ketika Ini

M Update, 23/3/2020 – Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak, dan sebaliknya, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan, menurut Kementerian Luar Negeri. Dalam satu kenyataan menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, kementerian itu memaklumkan sebarang pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja…

Tiada Pesakit Covid-19 Lari Hospital Di Sabah

M Update, 20/3/2020 – Kesihatan Negeri Sabah menafikan khabar tular berkaitan dua pesakit positif koronavirus baharu (Covid-19) melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, malam tadi. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, mesej tular berkenaan tidak benar dan tiada laporan diterima berkaitan kejadian seumpama…

d