M Update, 12/3/2020 – Pejabat Kesihatan Tawau menafikan terdapat kes kematian disebabkan wabak Covid-19 di Hospital Besar Tawau (HBT) seperti yang tular di WhatsApp hari ini. Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran berkata, maklumat terbabit tidak benar dan meminta orang awam tidak menyebarkannya bagi mengelak wujud panik dalam kalangan masyarakat.…
M Update, 12/3/2020 – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini. HTAR dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital itu.…
M Update, 12/3/2020 – Jabatan Kesihatan Terengganu menafikan dakwaan terdapat seorang pesakit Covid-19 sedang dirawat di Hospital Besut (HB) seperti tular di Facebook (FB) semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus menegaskan pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada kes pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke wad 7 di…
M Update, 11/3/2020 – Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut ditutup sehingga Jumaat ini bagi menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitarannya. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan KWSP, penutupan itu rentetan terdapat dakwaan bahawa seorang individu yang membuat urusan di pejabat agensi itu pada…
M Update, 10/3/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama hospital dan pembekal perubatan swasta semalam melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kolaborasi itu, orang…
M Update, 9/3/2020 – Orang ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 yang memasuki fasa gelombang kedua, bagi mengelak situasi panik di negara ini. Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penyebaran berita palsu akan mencetuskan kebimbangan dan menjejaskan sektor perniagaan, sekali gus memberi kesan kepada…
M Update, 05/03/2020 – Tugas menangani COVID-19 bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan penularan maklumat palsu yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat. Sejak bermula kluster COVID-19 di negara ini, banyak maklumat dikongsi sewenang-wenangnya di media sosial tanpa usul periksa malah orang ramai mudah mempercayainya walaupun bukan daripada sumber sah. Terbaharu, tular mesej di media sosial bahawa beberapa kawasan…
M Update, 5/3/2020 – Organisasi yang dikesan kes positif coronavirus COVID-19, tidak perlu membuat penutupan pejabat, sebaliknya memadai dengan mengambil langkah pencegahan kebersihan atau disinfeksi. “Kementerian berharap semua pihak dapat bertenang dan sentiasa bekerjasama dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat. This online casino…
M Update, 3/3/2020 – Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan Pantai dan Bangsar di Kuala Lumpur dalam tempoh 10 hari akan datang kerana jangkitan Covid-19 seperti yang tular menerusi media sosial. Beliau berkata laporan Bernama…
M Update, 3/3/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua orang kenamaan yang dikaitkan mempunyai kontak dengan kes ke-26 disyaki positif COVID-19 Malaysia, bebas daripada jangkitan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sudah menerima keputusan penuh kedua-dua individu berprofil tinggi itu dari Hospital Sungai Buloh pada jam…