Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Pertahanan Malaysia

PKP 2.0 : Rakyat Terkandas Di Kampung & Bercuti Dibenar Pulang Ke Tempat Asal

M Update, 13/01/2021 – Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam semalam dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memahami terdapat ramai ahli keluarga terkandas di luar kawasan…

PKP 2.0 : Solat Jumaat & Fardu Ditangguh, Akad Nikah Secara Online

M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun…

Intipati Proklamasi Darurat COVID-19

M Update, 13/01/2021 – Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID-19, dan pengumuman susulan mengenainya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1…

PKP 2.0 : Cuti Pegawai, Anggota Polis Di Seluruh Negara Dibekukan – KPN

M Update, 13/01/2021 – Cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa tengah malam semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi…

PKP 2.0 : Perkhidmatan Kaunter KWSP Hanya Melalui Janji Temu Online

M Update, 12/01/2021 – Kaunter dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi negeri yang terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan dibuka untuk janji temu sahaja, melalui Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu. Langkah sama akan turut diambil…

DARURAT : Kekang Penularan COVID-19 Di Sabah

M Update, 12/01/2021 – Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan darurat sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 terutama di Sabah yang merekodkan jumlah kes positif tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga 1 Ogos ini, sebagai langkah…

PKP 2.0 : Pejabat Kerajaan Beroperasi Sepenuhnya

M Update, 12/01/2021 – Pejabat kerajaan diarahkan beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran pegawai seperti yang ditetap berdasarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap negeri, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berterusan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata kehadiran pekerja dalam perkhidmatan perlu bagi enam negeri,…

DARURAT : Penjawat Awam Perlu Fokus Jadi Pemudah Cara Rakyat & Sektor Ekonomi

M Update, 12/01/2021 – Penjawat awam diminta kekal fokus kepada tugas masing-masing dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh darurat COVID ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat  berkata penjawat awam juga perlu melaksanakan pelbagai program pemulihan semula ekonomi negara.  “Sektor perkhidmatan kerajaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh darurat ini berlangsung. Ordinan…

DARURAT : Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Kerajaan Awam Berfungsi Seperti Biasa

M Update, 12/01/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malah sepanjang tempoh itu kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata perintah berkurung tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan…

PKP 2.0 : Tiada Lagi Amaran, Terus Kompaun Jika Ingkar

M Update, 12/01/2021 – Tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan kompaun akan terus dikenakan terhadap mana-mana individu yang masih berdegil dan melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua, yang akan berkuat kuasa esok. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata…