M Update, 14/01/2021 – Kerajaan akan terus memastikan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan dan ekonomi walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, kerajaan sudah berkali-kali membuktikan tiada kompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Malah…
M Update, 14/01/2021 – Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan…
M Update, 14/01/2021 – Kerajaan Negeri Sabah sedang mempertimbang cadangan untuk memberi kelonggaran pergerakan dalam radius lebih 10 kilometer (KM) sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali. Beliau…
M Update 14/01/2021 – Penugasan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam mengurangkan pergerakan rakyat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam tadi dengan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara. Pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19, yang semakin meningkat kini, turut dilaksanakan terutama di kawasan tumpuan.…
M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat…
M Update, 13/01/2021 – Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit. “Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka…
M Update, 13/01/2021 – Polis Putrajaya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula hari ini hingga 26 Jan. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ASP Marlizan Pa’adek berkata tindakan tegas…
M Update, 13/01/2021 – Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam semalam dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memahami terdapat ramai ahli keluarga terkandas di luar kawasan…
M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun…
M Update, 13/01/2021 – Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID-19, dan pengumuman susulan mengenainya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1…