Input your search keywords and press Enter.

Tag

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

PKP 2.0 : Cuti Pegawai, Anggota Polis Di Seluruh Negara Dibekukan – KPN

M Update, 13/01/2021 – Cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa tengah malam semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi…

PKP 2.0 : Perkhidmatan Kaunter KWSP Hanya Melalui Janji Temu Online

M Update, 12/01/2021 – Kaunter dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi negeri yang terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan dibuka untuk janji temu sahaja, melalui Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu. Langkah sama akan turut diambil…

DARURAT : Kekang Penularan COVID-19 Di Sabah

M Update, 12/01/2021 – Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan darurat sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 terutama di Sabah yang merekodkan jumlah kes positif tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga 1 Ogos ini, sebagai langkah…

PKP 2.0 : Pejabat Kerajaan Beroperasi Sepenuhnya

M Update, 12/01/2021 – Pejabat kerajaan diarahkan beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran pegawai seperti yang ditetap berdasarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap negeri, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berterusan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata kehadiran pekerja dalam perkhidmatan perlu bagi enam negeri,…

DARURAT : Penjawat Awam Perlu Fokus Jadi Pemudah Cara Rakyat & Sektor Ekonomi

M Update, 12/01/2021 – Penjawat awam diminta kekal fokus kepada tugas masing-masing dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh darurat COVID ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat  berkata penjawat awam juga perlu melaksanakan pelbagai program pemulihan semula ekonomi negara.  “Sektor perkhidmatan kerajaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh darurat ini berlangsung. Ordinan…

DARURAT : Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Kerajaan Awam Berfungsi Seperti Biasa

M Update, 12/01/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malah sepanjang tempoh itu kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata perintah berkurung tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan…

PKP 2.0 : Tiada Lagi Amaran, Terus Kompaun Jika Ingkar

M Update, 12/01/2021 – Tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan kompaun akan terus dikenakan terhadap mana-mana individu yang masih berdegil dan melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua, yang akan berkuat kuasa esok. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata…

DARURAT : PM Rayu Rakyat Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan

M Update, 12/01/2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar kekal tenang dan memberikan kepercayaan serta sokongan sepenuhnya kepada kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 dengan lebih berkesan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan. Beliau turut menyeru semua ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan agama, belia, mahasiswa dan setiap lapisan…

PKP 2.0 : Hanya 30 Peratus Kumpulan Pengurusan Sepanjang PKP, PKPB, PKPP

M Update, 12/01/2021 – Semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan, manakala kumpulan sokongan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPB) dari 13 hingga 26 Jan. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, sistem penggiliran dan…

PKP 2.0 : Untuk Tempoh 14 Hari Bermula Rabu Ini

M Update, 12/01/2021 – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri –…