M Update, 10/07/2019 – Tujuh orang awam termasuk seorang bayi terbunuh dalam serangan udara di utara wilayah Baghlan, Afghanistan, kata pihak berkuasa. Reuters yang memetik kenyataan kementerian pertahanan berkata, serangan udara itu dilakukan untuk menyingkirkan musuh di bandar Pul-e-Khumri, daerah KutobKhel. Mereka berkata, kementerian kini melakukan siasatan terhadap insiden terbabit.…
M Update, 9/7/2019 – Seorang pekerja kontrak maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara, dekat sini, tengah malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.01 tengah malam ketika mangsa,…
M Update, 08/07/2019 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan maut selepas beberapa hari dirawat di hospital akibat terminum cecair vape milik ibunya. Mahkamah Koroner Melbourne berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia pada hujung Jun lalu selepas meminum cecair mengandungi nikotin berkenaan yang dituang ibunya ke dalam botol vape. Mail Online…
M Update, 04/07/2019 – Seramai 26 maut apabila bot nelayan bagi menangkap udang kara, dilaporkan karam di perairan Honduras berikutan cuaca buruk. “Seramai 47 mangsa berjaya diselamatkan dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Puerto Lempira,” kata jurucakap tentera, Jose Domingo Meza. Ketika kejadian, pelbagai bot nelayan dilaporkan berkumpul di perairan Honduras…
M Update, 04/07/2019 – Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 21 lagi hilang selepas sebuah bot karam di barat laut Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini, dengan misi mencari diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih hidup. Bot berkenaan sedang membawa penumpang di Sungai Indus dari Shangla ke daerah Haripur di wilayah…
M Update, 03/07/2019 – Seramai 14 anggota tentera laut Russia terbunuh dalam kebakaran ketika mengadakan penyelidikan, selepas kapal yang dinaiki tenggelam di utara negara itu. Susulan itu, Presiden Vladimir Putin mengarahkan siasatan dijalankan mengenai punca tragedi itu. Pada 2000, sebuah kapal selam milik Russia, iaitu Kursk tenggelam hingga meragut nyawa…
M Update, 02/07/2019 – Polis Britain berkata pihaknya sedang berusaha mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki, dipercayai penumpang yang jatuh dari pesawat Kenya Airways, sebelum ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow. Menurut Polis Metropolitan London, pihaknya menerima panggilan pada Ahad lalu, selepas satu mayat ditemui dipercayai ‘penumpang gelap’ yang…
M Update, 02/07/2019 – Tiga pelombong terkorban, manakala enam lagi dimasukkan ke hospital semalam, selepas lombong arang batu di selatan Poland runtuh, akibat gempa bumi berukuran 2.66 magnitud. “Kami menerima berita sedih bahawa seorang lagi pelombong disahkan meninggal dunia. “Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat daripada runtuhan,” kata jurucakap syarikat…
M Update, 1/7/2019 – Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika sedang mencuci senapang patah miliknya di Kampung Perlis, Tikam Batu, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa yang juga seorang peniaga berusia 59 tahun dipercayai tertembak diri sendiri di bawah dagu sebelah kiri dengan senapang…
M Update, 26/6/2019 – Seorang pemandu jengkaut maut selepas kepalanya tersepit pada tingkap jengkaut yang dikendalikannya di kawasan sawah di Bukit Chawi. Dalam kejadian jam 10.15 pagi, Mohamad Redzuan Abdullah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Difahamkan, nahas berlaku selepas mangsa dikatakan diserang sawan ketika sedang…